Friday, 8 February 2019

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan karib. Terakhir sekali Mi ke Jepun adalah pada tahun 1989, waktu tu berumur 8 tahun dan kami pergi bercuti di Tokyo nak visit uncle yang belajar disana....so it has been about 30 years sharp since I last saw Japan. Actually pada tahun 1996, pernah kami terpaksa tidur sehari di Holiday Inn Tobu Narita sebab Airport Narita waktu tu tak bagi flight kami takeoff kerana kabus tebal.

Kisahnya macam ni....masa tu kami naik flight Mas untuk pulang ke Malaysia dari Los Angeles, USA. Flight tu memang ada transit ke Narita, selama sejam macam tu. Tetapi dalam separuh perjalanan tu, ada seorang stewardess ni, dia kena appendiks, sampai pengsan-pengsan. So Flight tu terpaksa emergency landing di Anchorage, Alaska. Lepas dah keluarkan stewardess tu untuk ke hospital baru la flight take off semula dan transit di Narita. Tapi oleh kerana kami tiba di Narita beberapa jam lewat sebab terkandas tadi, Narita tak benarkan flight kami berlepas malam tu jugak kerana kabus tebal pada waktu malam (supposedly kalau benda ni tak berlaku, kami sepatutnya tiba waktu masih terang). So oleh kerana itu, kami kena bermalam di Hotel Holiday Inn Tobu Narita. Mi ingat lagi..waktu tu passengers semua dapat bilik sorang satu... hotel tu dah la mahal...taktau la berapa juta MAS habis sebab accident ni. Kami pulak seronok la tak pasal dapat enjoy lagi sehari duduk hotel 5 star siap sempat breakfast sedap gila kat hotel tu. Esok tu bila dah terang pagi, baru kami berlepas ke Malaysia. Pengalaman manis la dapat sehari dekat Jepun...tapi ofcourse kalau macam tu tak di count sebagai Japan vacation kan? hihihi

So berbalik kepada cerita asal, Ini lah trip ke Jepun setelah 30 tahun cuma yang bedanya ialah lokasi...kali ni Mi ke Osaka dan bukan Tokyo. Kami obtained our flight tickets through Air Asia promo. So ticket kami agak murah dalam RM900 pergi dan balik. Ada la buat sedikit penambahan dari segi luggage dan beli meals. Tapi murahhh woo tiket tu beli bulan March 2018, January 2019 baru travel...hihi.

Since ini bukanlah pertama kali kami jalan jauh so persiapan semua dah memang ready. Kami sewa pocket wifi samurai yang di pick up dekat KLIA2. Reason is sebab apartment yang kami duduk tu katanya wifi berquota. So kami taknak ada gangguan internet kat sana kerana kami amat bergantung padanya. Kami ambil pakej 8 hari berharga RM288 bahagi empat...so sorang RM72.00. Not bad harganya sebab wifi ni unlimited. And coveragenya pun bagus. Kalau nak tempah boleh ke Sini

Selain tu kami juga pelancong ala backpackers walaupun bawa luggage tarik. So kami memang taknak membazir untuk makanan. Tambahan lagi kami taknak pening kepala sangat cari makanan halal waktu disana. Kami bawa banyak makanan dari Malaysia. Sardin, beras, nescafe, maggi, mee sedap, indomie, Brahim pes asam pedas, masak lemak, sambal tumis semua. Even garam, cili padi, asam jawa, bawang pun kami tapau dari Malaysia. Pergi Jepun ni custom dia tak strict macam Australia. So boleh bawa makanan ni semua yang penting kena check in. Kesilapan kami satu je sebab bawak periuk nasi. Rupanya periuk nasi biasa yang kita pakai kat Malaysia tu x berfungsi di plug Jepun. Mungkin tak boleh support rasanya. So end up kami masak nasi guna cara kuno je iaitu masak atas api dapur gas. 

Time kami pergi ni musim sejuk tapi tak bersalji. Kalau ada salji turun pun tak sempat la nak menebal sebab ia cair di lantai.Tapi Mi bawa baju sejuk, sarung tangan, kasut boots, stokin tebal dan shawl semua la. Temperature waktu kami sampai Kansai tu 5 darjah celsius.


ARRIVAL AND DAY ONE : Bermalam di Kansai Airport

Penerbangan kami memakan masa 5 jam setengah. Sekejap je. Flight pukul 2 petang dan kami tiba di Kansai International Airport jam 9 malam. Setibanya di Airport, kami terus collect bagasi dan bergegas ke kerusi biru untuk dijadikan tempat bermalam. Kami tidur kat airport je memandangkan dah malam dan rugi nak cari hotel. Lagipun kami kena ke kaunter JR pass untuk collect train pass kami and nak gerak ke Kyoto awal pagi. Seronoknya juga pengalaman tidur di Airport ni sebab ni first time kami buat kerja gila macam ni. Airport Kansai ni lengang waktu tengah malam. Ramai yang dah mencari cari kerusi untuk tidur. Kami lepak kat situ dan makan malam. Kawan Mi bawa nasi impit dan rendang daging so kami makan dengan penuh selera sebab sejuk sejuk gitu. Lepas makan tu jalan-jalan jap kat kawasan airport tu tengok Family Mart dan Lawson (macam 7 eleven) still buka coz 24 hours. Tempat port kami pulak dekat dengan toilet so senang nak ke toilet. Toiletnya bersih sekali. Kami tukar baju, gosok gigi, cuci muka and then tidur kat kerusi airport tu. Airport tu siap tutup lampu untuk kami punyala baik orang Jepun ni hehehe. Malam tu Mi banyak terjaga sebab sejuk sangat. Tapi kawan-kawan semua kata Mi tidur nyenyak sampai berdengkur-dengkur. Punyala selesa tidur dekat kerusi Airport tu. Huhuhu.

Kung Pao Chicken and rice Air Asia ni sedap jugak..prebook online meal

Muka happy da sampai walaupun malamnya tidur di kerusi airport..haha

Tandas airport yang bersih sekali

DAY TWO : From KIX to Kyoto - Arashiyama Bamboo Grove,  Togetsu Kyo Bridge, Kyoto Tower and to our hotel, Japaning Hotel Higashiyama Sanjo

Kami bangun seawal jam 5 pagi sebab Airport dah mula riuh. Kami cuci muka, mandi P. Ramlee, tukar baju dan turun ke Level bawah airport untuk pick up JR pass yang dibeli online di KLOOK. Kaunter tu namaya HIS, terletal di tingkat bawah.

And then kami pergi ke kaunter untuk beli tiket Kansai Thru pass dan entrance tiket Mount Rokko Park.Tourist dapat special discount kalau beli di information centre katanya.

Oleh kerana sistem train Jepun yang sangat maha dahsyat simpul simpulnya sampai tak terdaya dek akal lagi untuk memikirkannya, kami pun beli 3 jenis pass, itupun setelah dicadangkan oleh staff di info centre KIX tuh. Kami beli:

1. 1 day JR rail pass 2200 yen (RM85)
2. 3 day Kansai Thru Pass 5200 yen (RM230)
3. 4 day JR West pass (RM239) (beli di Klook)

Mungkin ada pass yang lagi murah macam Osaka Amazing pass or Kyoto pass tapi tak dapat nak suit dengan itinerary kami. So total untuk transportation sepanjang 8 hari ialah RM554.00.
Setelah ambil semua tu kami pun pergi ke Kansai Airport train station untuk ke Kyoto. Kami tukar dalam beberapa train jugak la sebelum sampai ke satu station yang direct ke Kyoto Station, 1 jam perjalanan.

On the way to Kyoto

Di stesen tu, kami park beg di locker. Beg besar 700 yen. Kecil 500 yen. And then kami naik train ke Arashiyama untuk ke Arashiyama Bamboo Grove.

On the way to Bamboo forest from train station


Rimbunan pokok buluh besar dan kecil

semua buluh tinggi tinggi

more buluh

Bamboo Grove ni memang one of the must visits in Kyoto. Macam berada di dunia lain bila kita masuk ke forest ni sebab bamboonya rapat-rapat dan tinggi. Tempat ni memang cantik tak ada words nak describe so kalau pergi Jepun don't miss the opportunity to visit this place.

Next stop kami ke area Togetsu Kyo Bridge. Bridge ni special sebab ia berusia lebih 400 tahun. Bridge ni facing gunung Arashiyama dan atas tasik Katsura so permandangannya memang menusuk jiwa. Cuma time kami pergi ni winter so banyak pokok botak. Kalau musim bunga memang cantik habis dah kawasan ni. Kami pun bergambar kat bridge dan makan tengahari bekal nasi impit dan rendang semalam ditemani vista menawan, dalam telinga dok berkumandang lagu tema cerita Oshin... tak tahu kenapa. hehe


cantik kan

Jangan main-main...bridge ni lebih 400 tahun usianya. 

On the way back to station kami sempat menikmati ice cream matcha green tea yang dijual sepanjang jalan area Togetsu ni. Korang mesti kena try sebab kesedapan nya tu tak akan sama dengan yang dibeli di Malaysia.

And then kami meneruskan perjalanan balik ke Kyoto station untuk ambil beg yang kami simpan di locker kat situ dan check in Hotel. Hotel yang kami pilih ni memang menggunakan sistem yang paling common kat Jepun iaitu check in self servicecoz dorang tak ada front desk staff. So yang membuatkan ia sedikit rumit is process nya tu. Kita nak kena tunggu email daripada pihak hotel tu yang akan berikan kita password untuk pintu masuk bilik. Email pulak cuma akan diberi setelah room kita ready iaitu beberapa jam sebelum check in time dorang iaitu pukul 4 petang. So kena alert je dengan email means wifi connection pun kena sentiasa ada. Macam Mi ni dorang hantar email pukul 2.45 petang. So kami pun gerak ke hotel dalam pukul 3 petang. Untuk masuk Mi kena check in melalui Ipad tab yang diletakkan di lobby menunggu, and then key in password main entrance (baru pintunya terbuka) and then key in password pintu bilik pulak. Dalam email dia akan bagitau la bilik kita nombor berapa. Japaning Hotel ni tak ada lift, so penat sikit panjat tangga angkat beg besar walaupun tangganya tu ada 10 anak tangga je.

Di Kyoto kami memilih untuk menginap di Japaning Hotel Hiyagashima Sanjo ni sebab ianya dekat dengan train station dan murah. Mi book hotel ni melalui Agoda. Mi pilih family room since kami semua berempat so family room nya tu ada satu katil queen dan dua katil single. Hotel ni complete dengan kitchen dan mesin basuh. Harganya pun tersangatlah murahnya. Hanya RM444.32 untuk tiga hari dua malam. So, jatuh dalam lebih kurang RM50 sahaja per person per night. Hotel ni walaupun agak sedikit sempit tapi not bad at all. Kami boleh masak dengan selesa makan malam kami dan juga bekal untuk esok hari. Baju pun sempat kami basuh setiap hari sebab heater dalam bilik tu cukup panas nak keringkan pakaian. Hotel ni pun ada sediakan ampaian untuk sidai baju. Mi puas hati dengan hotel ni sebab walaupun agak sempit tapi ia lengkap. Cuma satu je yang super funny. TV cuma ada dalam bilik mandi. Betul betul depan tub mandi tu.. hahaha. So sepanjang kat hotel ni kami memang tak tengok TV kecuali time tengah mandi.

So malam tu setelah check in kami tak kemana dah kecuali berjalan sedikit untuk ke kedai Family Mart nak beli telur. Malam tu kami makan maggi kari telur dengan berseleranya. Lepas tu kami pun tidur pengsan tak sedarkan diri sampai esok hari.


DAY THREE : Second day in Kyoto - Fushimi Inari Taisha, Nishiki Market & Hokanji Temple

Kami bangun seawal jam 5.30 pagi untuk siapkan bekal dan bersiap untuk keluar jalan. Our first stop is the Fushimi Inari Taisha which is a temple. Salah satu daripada tarikan utama Kyoto, Kuil Fushimi ni menarik kerana ia dihimpuni beribu ribu tiang gerbang kayu berwarna oren. Tiang tiang ni membawa kita menuju ke puncak gunung Inari setinggi lebih 200 meter. Kuil ni adalah khas bagi penganut Shinto yang memuja dewa Inari, iaitu dewa pertanian.


Boleh imagine tak suasana kat sini waktu malam? hehehehe

Trademark pintu gerbang temple

Kami menikmati sarapan pagi Takoyaki di sekitar kawasan Inari Taisha. Disitu ada Takoyaki Halal famous yang enak sekali. Kami makan panas-panas dalam cuaca dingin memang memukau betul kelazatannya.

Takoyaki.... You'll have to try it here. Nothing compared to what you had in Malaysia.



Generous big balls

And then kami gerak to Nishiki Market. Purpose kami ke Nishiki ni sebenarnya nak mencari beg luggage besar yang murah sebab luggage Mi pecah hasil campakan dari pegawai kargo yang tak pasti la dari Malaysia ke atau Jepun. Tapi rasanya tak salah kalau nak teka dari Malaysia lagi dah dibuat pecah tu. So oleh kerana risau nanti kang nak balik Osaka tak terangkat pulak beg tu since tayar pun empat empat hancus..terpaksa la beli jugak beg luggage. Nasib Mi baik sebab jumpa beg yang harganya sedang-sedang la since it's made in China. Pun bolehla janji boleh tarik. Sambil tu kami menikmati makan tengahari di Pasar Nishiki ni yang memang the bomb! Sushi? Sashimi? berhambur disini. Harganya ofcourse la mahal tapi lebih berbaloi dari makan sushi di negara kita sendiri. Maksud Mi, kualiti sashimi dan sushi tu memang beda. Harga nya mahal. ada yang lebih mahal lagi dari Malaysia. Tapi kualiti memang tak boleh dibanding.

The sashimi makes you wanna do a Mukbang

Lepas tu kami pulang ke hotel untuk berehat dan makan. And then right after that kami bergerak ke Hokanji Temple. Nak ke Hokanji temple ni kami berjalan agak jauh jugak. Tapi berbaloi la sebab memang cantik rupa temple ni waktu malam. Temple Hokanji ni antar yang tertua dan merupakan ikon Kyoto...macam Eiffel Tower di paris, macam tu la Hokanji temple ni pada Kyoto.

Malam tu jam 12 pagi Mi dikejutkan dengan surprise birthday party. Terlupa yang hari tu (30 January) birthday I. Tak sangka kawan-kawan sempat curi-curi pergi beli birthday cake, decor dan hadiah. Langsung tak expect benda ni semua. Terharu gila. Thank you kawan-kawan. Love you all ketat ketat.

My Japanese Birthday Cake.

I had a small surprise party in the hotel room. Thank you lovely friends!



DAY FOUR : Back to Osaka

On our last day di Kyoto, we tak sempat nak jalan kemana-mana pun. Just directly took the train straight back to Osaka supaya ada lebih masa untuk kami cari penginapan kami seterusnya iaitu di IDEAL TENNOJI OSAKA. 

Mi book studio apartment ni di Agoda. Harganya berpatutan... untuk kami berempat total 
RM 2,603.65  untuk 5 nights. Bilik ni actually good for 6 people. Ada dua katil queen size dan disediakan lagi futon queen size. Tapi kami cuma berempat je. Everything is included in this apartment, washing machine, drying area, kitchen, TV, cooking utensils. Memang complete. Areanya pun best sebab berdekatan dengan main train station Tennoji (cuma jalan kaki dalam 10 minit). Kedai-kedai pun banyak yang walking distance, ada Family Mart (just cross jalan from our apartment) dan juga ada Lawson. Everyday kami beli sayur fresh dekat Lawson mini mart tu.

Soon as we arrived to Tennoji, kami terus check in ikut instructions yang dah dihantar through e-mail. Mi kena masukkan nombor yang diberi dekat pigeon hole box tepi entrance hotel. Nombor tu kena dail macam peti besi. bila da masukkan code, peti besi tu terbuka dan boleh ambil kunci bilik dalam box tu. ApartHotel ni memang fully self-service, dari check in hinggalah check out. So tak ada staff yang datang kemas-kemaskan bilik lah.. semua kena buat sendiri.... tapi kami lebih selesa macam tu :)

Untuk makan malam pertama di Osaka Mi masak nasi lemak. Adoi...tu la yang sedihnya memang rice cooker yang kami bawa dari Malaysia tak berfungsi kat Jepun ni. Nasib baik ada dapur gas...so kami pun masak guna cara tradisional je la. Sejuk-sejuk makan nasi lemak panas memang apa pun kami tak hirau dah waktu tu. Setelah makan, kami keluar ambil angin sekitar apartment, and then pulang untuk tidur. Hari-hari kami tidur awal kat sini. Hahahahaha.


Family Mart food that I could just stare at since it was non halal.

This cafe latte tasted like the real freshly brewed ice latte.

I love staring at these. The 100 orange juice is the best. I love breakfast orange juice.

Nasi Lemak, sambal cockles, sambal anchovies, sambal telur.



DAY FIVE: Nara Park, Kuromon Ichiba Market, Tsutenkaku Tower

Kami bangun awal pagi untuk terus berjalan ke NARA Park. Kat sini banyak rusa berkeliaran. Pelancong dari negara China pun banyak berkeliaran. Hahhaha... mereka kalau dah ramai kat situ faham-faham lah kan.... tandas awam dekat Jepun pun boleh bertukar jadi macam tandas awam kat negara Malaysia kita ni kalau dorang dah conquer kawasan tu. Mi sempat beli Kimono dekat Nara shop disini yang ada kualiti dan murah.


You can come here if you wish to meet some extremely friendly deer.

Where the deer plays

This one has been staring at me from afar. I could not help but imagining the laughing deer head in Evil Dead 2, that scene when Ash snaps and was laughing hysterically.

They're everywhere and they're really friendly.

Be extra careful. They would want to try and eat your map.


Selepas puas bergambar dengan rusa rusa di Nara Park, kami makan tengahari pulak dekat Kuromon Ichiba Market. Sama macam kat Nishiki, Kuromon ni pun adalah syurga bagi penggemar sashimi dan sushi macam Mi ni. Selain dari masa yang berjam-jam terhabis disini, duit juga turut sama habis. Setelah kenyang kami berjalan-jalan area Tsutenkaku tower untuk bergambar dan cari souvenir anime kat kedai-kedai anime figurine.

The prawns were baked, however it still wonders me to this day how the flesh could be so juicy, so succulent and not dry at all. 

We tried both and it was lip smacking



Tsutenkaku Tower

It's even colder when it rains


DAY SIX: Universal Studios Osaka & Hard Rock Osaka

Finally, tempat yang paling Mi nantikan....masa sampai Universal Studios ni ada la rasa sebak-sebak sikit sebab teringatkan nostalgia dari tingkatan 3 sampai ke umur 23, Mi pergi Universal Studios Los Angeles sebanyak 3 kali. And then, tak pernah dah kami merasa, even di Singapore sekali pun. 

Suasana memang sama macam kat Los Angeles cuma banyak cakap Jepun la. Mi tak naik banyak rides mungkin sebab faktor usia kot. Tapi Harry Potter memang Mi naik dua-dua rollercoaster outdoor dan juga indoor nya. Memang best gila sampai rasa nak ulang-ulang. Butter beer pulak mi minum dua cawan nak bagi puas hati. Sedap Butter beer tu macam rasa rootbeer vanilla. 

Kami spend one whole day kat sini dari pukul 8am to 9pm. Time nak balik tu singgah ke Hard Rock Shop untuk beli koleksi Hard Rock Mi macam biasa. And then kami lintang pukang balik takut tertinggal train kan. Malam tu kami makan masak di apartment je sebab dah banyak sangat berbelanja kan... hahahaha



The most favourite spot. The Japanese really love Minions


for some reason this ride was closed 

fun ride


We were lucky It was sunny throughout

The Queen having Fish and chips. Oh how royal.

The Queen and her Castle. 

My first time tasting the butter beer and I had seconds.

I like her.

we shared our breakfast coz we don't wanna get too full for the ride.

It's so leaffyyyy I'm gonna dieeeeee

We had this for breakfast at the Cafe. Smoked Salmon sandwich, salad, and baked creme brulee

The last time I posed with this iconic globe was in 2004 in California.

Hard Rock Osaka... Universal Studio's branch

Decisions...decisions. I hate making a decision. JP Yen why you have to make me decide?????



DAY SEVEN: Mount Rokko Snow Park & Dotonbori

Hari ketujuh kami ke Mount Rokko untuk bermain salji. Salji ni real tau, bukan artificial macam di Vivaldi Park, Korea tu. Di mount Rokko kerana ketinggiannya memang tempat ni bersalji tebal. Untuk sampai ke puncak kami menaiki sky train dan dapat melihat permandangan indah pohon-pohon dan bukit berlitup salju. Tiket ke Mount Rokko ni kami beli di Airport masa first day sampai. Kaunter yang jual tiket Mount Rokko ni ada banyak dekat Airport. So boleh beli tiket disitu je untuk dapatkan harga diskaun terbaik.

Selain bermain ski, boleh main sled. Untuk kami-kami yang penakut ni, main sled dah memadai. kami juga banyak bergambar sebab tempat ni cantik sangat sangat sangat semua sudut umpama lukisan.

Kami spend dalam 3 jam kat sini and then gerak to DOTONBORI GLICO SIGN & NIGHT MARKET. Kami cuba Takoyaki halal terkenal kat area tu.. banyak juga kami borong souvenir dekat area night market tu memandangkan dah hampir nak pulang ke Malaysia. Area Dotonbori souvenir harga berpatutan.



The lake at Mount Rokko

My heart pounded when I saw this

Mount Rokko Snow Park

we need to get on this train to get up to mount Rokko


This is a raw unedited picture. I had to say it. Coz it surely looked edited.

I've been wanting to do this ever since I was a kid. Although I did see plenty of snow since I was a kid, I was not those lucky ones whom parents aren't overprotective. Now that I'm old af, I still did not dare tell my parents that I'm doing this at that moment just until after I did it. Mom just lolled watching my video screaming coz I didn't know how to brake. hahahaa. 

Indo Mee goreng, Telur mata kerbau dan salji. Kombinasi memukau hati. 

group pose!


Hi I'm Olga, Olaf's twin sister separated at birth and was left at the orphanage which explains why I did not have a carrot for a nose.

Hi hooman. Welcome to snow land.



One with the sky train

Every corners looked like a painting

I'm so glad I came here

Let's snow fight!!!!

On your mark...get set...

After three hours of fun, we decided to head back down


I tried a delicious milky soft serve ice cream at the subway station but I was too ignorant to remember the name. sorry.

It was hard to lift my heavy leg so I opted to just lift my arms with the help of the bridge barrier. What more to define the laziness of posing for a photo

I shopped for souvenirs here at Dotonbori... and then clutching my plastic bag as if it was a Birkin.


No matter how big you are, you just feel so small here.. hehe

DAY EIGHT:  Osaka Castle & Kuromon Ichiba Market repeat

Hari terakhir kami bermalam disini. Rasa sedih. Seronok betul makan angin di Jepun ni. Kami melawat Osaka Castle harini...just satu je nak pesan...untuk ke Osaka Castle tu kena jalan jauh ya baru sampai ke castle. Kalau naik tangga pun bukan main banyak anak tangganya. Killjoy betul. Cantik Osaka Castle ni so memang wajib singgah kalau ke Osaka.

Kami buat second trip ke Kuromon Ichiba sebab nak puaskan lagi nafsu sashimi. Kali ni kami bantai semua yang kami nak rasa tapi mahal sangat sebab kami dah tak kisah, esok nak balik dah. So duit habis untuk makan sashimi pun kami tak hirau. Mi cuba Oyster fresh memang sedap gila. Walaupun mentah tapi slurppppp sedapnya manisnya. Sambil kami makan tu kami jalan-jalan jugak cari souvenir. Niat nak makan Kobe beef Halal kat situ tak kesampaian sebab kedai tu tutup pulak. So kami beli Salmon besar empat ketul, udang besar-besar, balik apartment terus mi mengAsam pedaskan salmon tu. Memang sedap bertambah-tambah nasi kami makan.

Lepas dah kenyang semua huru-hara kemas beg. Hahahahahaha. Padan muka kami. Beli lagi barang banyak-banyak.

A long walk and climb to get here. It certainly was worth it.

Is this mood enough? hahaha. I had too much of that stand-up-straight-look-at-the-camera pose so I decided on a mood pose that apparently made me look like I'm having a hard time pooping. The castle's beautiful tho.


We found a mesmerizing lake just before a climb of stairs heading to Osaka Castle

  

We tried ice cream at the vending machine it was so good.


I am so terribly going to miss this.

Have you tasted an oyster so fresh that the sweetness of the sea explodes in your taste buds?

The original matcha mochi at Kuromon...the red bean paste taste is to die for

DAY NINE: Last day, back to KIX and last shopping at Rinku Premium Outlet. Byebye Osaka!

Hari terakhir telah tiba, kami checkout pukul 10 am (amik kau awal gila check out time kat sini) and then terus ke airport. Di Airport kami timbang beg dan asingkan ape yang patut, kemudian kami cari kaunter simpan beg sebab kami still ada 6-8 jam lagi sebelum flight. Kami pun terus ke Rinku Premium outlet nak shopping last kopek.

Ternyata barang-barang di Jepun ni memang mahal just kerana nilai matawang mereka. Mi cuma beli towel untuk mama, tshirt untuk papa dan baju-baju untuk anak buah. Setelah semua selesai, kami pun gerak to airport, dinner dekat McDonalds dan tunggu flight pulang. Sayonara Osaka...Mi tak sabar nak jumpa kamu lagi. Banyak lagi bahagian Jepun yang teringin untuk Mi jelajahi. Mungkin kalau ada rezeki nanti, nak ke Sapporo Hokkaido ke, Tokyo ke, Disneyland Tokyo sekali lagi ke... Insyaallah. 

Ya Allah, panjangkan la umurku untuk melihat banyak lagi keindahan alam ciptaanmu di seluruh dunia ini. Amin ya rabbal alamin.


Bergambar kenangan di area Rinku Premium Outlets. Suasananya macam dekat JPO atau GPO kalau kat Malaysia...tapi nothing compared to Bicester Village

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...