Tuesday, 9 May 2017

SHORTVACAY TO PADANG BESAR THROUGH ETS

Last weekend Mi pergi bercuti ke Perlis bersama kawan dan keluarganya. Seronok nak type story ni sebab first time naik train ETS. Seumur hidup di Malaysia ni, ini lah kali pertamanya saya menaiki ETS..hahaha.

Mi telah beli tiket di kaunter KTM di KL Sentral seminggu sebelum perjalanan. Tiket untuk perjalanan sehala ke Padang Besar berharga RM102.00. So total pergi balik ialah RM204.00. Train berlepas jam 8 pagi dan kami turun di stesen Arau pada jam 1.30 petang. Sepatutnya kami turun di Padang Besar, tapi oleh kerana kami dah booking hotel Seri Malaysia Kangar, abang yang menyewakan kereta pada kami tu cakap better turun di stesen Arau since Padang Besar tu lagi jauh nak balik hotel and ambil kereta.

 Sedikit description dalam Train ETS
 Ok..sebagai seorang manusia yang jakun dan baru first time naik ETS, Mi akan ceritakan pengalaman Mi. Memang syok naik ETS ni sebab laju beno... selesa dan sejukkk je aircond dia. Dalam ETS ni ada toilet and cafe semua. Even pekerja dalam ETS tu pun dipanggil Peramugara dan Peramugari. Hihihi. Semasa naik train ni...Mi terbayang jugak cerita Train to Busan tu..... Huish....macam mana la kalau satu Train ni penuh Zombie...memang tak sampai sesaat je Mi dah kene gigit. Sempit jugak alleyway between seats. Toilet nya pulak, sebijik macam toilet kapal terbang, cuma luas sikit je. Lepas tu ada pancur air... dalam train Mi sempat menikmati nasi lemak cabin nya yang rasanya tak kurang lazat. Sebiji macam nasi lemak dalam flight Air Asia... hehe..fefeeling pulak naik flight Air Asia padahal dalam ETS je. Nasi lemak tu dijual sekali dengan Air panas (milo/teh tarik) RM9. Ok lah tu kan.... Makanan yang dorang bagi FREE is biskut-biskut dan air milo kotak kecil. Hebat lagi dari naik Malindo Air yang cuma dapat biskut tawar dan air kosong kan..hehehehe. Dalam train ada electric socket plug bawah kerusi...so senang la nak charge handphone ke..power bank ke... seat pula bole recline sampai posisi baring suku. TV nya kecil je tapi ada la dipasang movie yang latest latest. Kalau taknak tidur, boleh je layan movie tu.
Lagi best kalau you olls bawak bantal leher dan selimut or shawl. selesa sikit la sekiranya perjalanan tu jauh and nak nap-nap sikit.
Overall Mi bagi train ride ni 8/10. Mi bangga negara kita ada train macam ni.

Abang sewa kereta tu pun sampai di stesen jam 1.30 petang seperti dijanjikan. Kami menyewa kereta Proton Persona pada harga RM120 sehari...(not bad la kan). Perjalanan dari stesen Arau ke hotel Seri Malaysia memakan masa dalam 13 minit.

Sesampainya di hotel, kami terus check in, rehat-rehat dan terus bertolak untuk makan tengahari di rumah bestfriend adik kepada kawan Mi. Dia jemput makan nasi Arab jadi kami pun datang la makan. Memang sedap sungguh Nasi Arab dia. selain Nasi Arab kami juga dijamu mangga berbiji-biji manis, lemak dan sedap.  Selain tu, mereka turut beri tips tentang mangga yang dijual, contohnya Harumanis belum musim lagi...so kebanyakan yang dijual bukan betul punya just acah-acah harumanis. Kalau beli mangga Tong Dam pulak sekilo RM8 jangan lebih.... memang bagus tips yang diberikan.

Setelah kenyang kami pun bertolak ke Padang Besar untuk membeli belah. Perjalanan ke Padang Besar adalah dalam setengah jam. Sesampai disana, Mi pun terus mencari barang-barang yang nak dibeli dan dipesan suruh beli. Antaranya, kaftan, blouse, paste kari Hijau Thai, Paste Tomyam, dan Periuk kukus.

Dah habis shopping kami pun bergerak pulang. Padang Besar ni bukanya pada jam 10 pagi..tutup pula dalam jam 6-7 petang. Selain kedai-kedai yang jual barang, ada juga kedai yang jual makanan. So kalau nak dinner kat sini pun boleh...ada macam-macam gerai tomyam, somtam and semua jenis makanan Thai.

Sampai di hotel, kami berehat dan keluar pula tapau makanan di gerai makanan Laut Kuala Perlis.
Kami tapau nasi goreng, sotong goreng celup tepung dan udang butter. Kat sini you alls nak makan Belangkas pun ada..macam-macam seafood ada kat sini harga memang murah dari kalau makan di KL.

Keesokan harinya selepas kawan Mi bawa anak buah kecil dia bermandi manda di Pool, kami pun checkout dan makan tengahari di Laksa Kak Su. Laksa dimakan bersama pulut udang memang perghhhh..memukau jiwa. Setelah lunch kami pun gerak pergi cari buah mangga Harumanis untuk dibawa pulang ke KL. sepanjang deretan memang penuh gerai mangga. Kami pun berhenti di beberapa kedai untuk membeli Harumanis tipu dan juga Tong Dam. Berkotak kotak jugalah kami godam si Tong Dam tu.

Setelah selesai kami pun ke stesen Arau dan pulangkan kereta pada abang sewa kereta tu. Kami menaiki train pada jam 2 ptg dan sampai ke KL Sentral dalam jam 7 ptg.

Overall, trip ni memang satu pengalaman manis semanis harumanis yang jugak tidak dapat dilupakan. Walaupun cuma satu hari memang seronok. Next time kalau ada cuti lagi....nak juga naik ETS berjalan jalan di utara lagi.





JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...