Wednesday 12 April 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 9

Day 9: Namdaemun Market & Cheonggyecheon Stream

One last day to spend....

What would you do on your last day of a long holiday when you have completed the whole itinerary?

In my case, I spent it on souvenir shopping and extra sightseeing! Mi keluar hostel tak berapa awal on the last day sebab itinerary tak begitu packed. Kami terus ke Namdaemun untuk beli segala souvenir yang terbuku di hati. T-shirt I Love Korea, keychains, fridge magnets, nail clippers, shawls, baby pajamas (such a wonderful array of Korean design sleeping clothes genuinely made in Korea), more facial masks and even kitchen aprons! Kalau shopping fanatics memang dah beli kain sutera Korea, alas meja dan quilt tapi Mi tak sampai to that extreme la...

Setelah memborong ala-ala dah tak cukup tangan nak mengangkut, baru la kami patah balik ke Hostel dan simpan barang-barang serta makan lunch terakhir kami kat sini. Segala yang kami bawa ke sana, semuanya habis! Memang untung kalau melancong ke Korea ni bawa bekal makanan sendiri dari Malaysia sebab jimat duit sungguh. Banyak balance won kami yang dibawa pulang ke Malaysia gara-gara makan masak sendiri ni. Mi memang rekemen kat semua la idea bernas ni...samada rajin atau tidak sahaja. Tapi orang yang rajin memang tak akan pernah rugi.

Sightseeing kami yang terakhir ialah melawat Cheonggyecheon Stream lewat petang. Stream ni memang natural dan terpanjang di Seoul. Pada zaman dahulu kala ada banyak penempatan setinggan dia sepanjang sungai ni. Rakyat Korea yang berhijrah dari pedalaman ke kota Seoul untuk mencari rezeki selepas perang antara Korea Utara dan Korea Selatan semuanya membina rumah mereka disini kerana sungai Cheonggyecheon. Namun apabila negara mereka makin membangun ramai yang sudah berpindah dan yang tinggal hanya golongan miskin disitu. Apabila pemindahan penduduk dilakukan sungai itu kotor dan tercemar kerana terbiar. Kerajaan Korea Selatan telah menjalankan satu usaha untuk membaik pulih sungai itu untuk menjadikannya satu landskap cantik ditengah kota. Sungai itu dijaga rapi dan kembali bersih. Jambatan juga turut didirikan dan kini Cheonggyecheon Stream wujud sebagai salah satu daya tarikan di Seoul. Sungai ni bukti bahawa sesuatu yang dah buruk sebenarnya boleh sahaja diselamatkan dan dicantikkan hingga menjadi tarikan. Kan best kalau sungai Klang tu dorang buat macam ni. Tapi kenapa ek....takda inisiatif sungguh negara kita ni.

Kalau ada musim atau pesta sungai ni memang meriah sebab ada pertunjukan atau fiesta. Tapi time kami disana tak ada apa yang sedang berlangsung so sunyi je la. Ada la beberapa tourists juga yang datang untuk mengabadikan kenangan.

Masa di Sungai tu Mi pun feeling-feeling sendirian. Antara sedih dan excited. Sedih sebab percutian dah berakhir dan excited sebab nak makan masak lemak cili api. Perasaan tu bercampur baur. Betul la orang cakap, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Memang Mi rindu sangat kat Malaysia dan tak akan pernah terdetik walau sesaat pun nak ajet-ajet jadi orang Korea or jadi pemastautin tetap kat sini. Semaju-maju Korea dan semundur-mundur Malaysia, tanahair sendiri la yang paling disayangi dan tak mungkin dapat diganti di hati.

Cewah. Sekian sahaja hujah patriotisme ini... lepas kami dah puas bergambar kat sungai tu, kami pun buat last stop ke Myeongdong lagi! hahahaha... giler la....3 kali pergi Myeongdong tu. Last sekali kami try ice cream panjang yang tak berapa nak sedap tu dan beli lagi beberapa items untuk diri sendiri. Yelah...dari day one asik beli souvenir je sampai lupa diri sendiri satu hapa pun tak beli. Mi beli handbag harga RM35 je dan dua helai blouse. Lepas tu kami balik hostel, kemas-kemas beg dan tidur awal sebab nak keluar pagi dari hostel untuk naik Airport Bus ke Incheon Airport.

Lampu indah di Cheonggyecheon Stream

2 comments:

  1. assalmualaikum cik mimi...tgh cari-cari info,terjumpa blog cik mimi hehe..boleh tak kalau saya nak itinerary cik mimi..boleh emailkan ke senpai850628@gmail.com..tq in advance cik mimi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi iqa! thank you sudi jenguk blog tak seberapa ni.. ok saya emailkan yea...

      Delete

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...