Wednesday 12 April 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 8

Day 8: Hard Rock SEOUL, Songpa naru Park, Yang Good BBQ HALAL, Gangnam Square

The recent Hard Rock T-shirt Collector
Hari ke 8, kami memilih untuk buat aktiviti rileks-rileks sikit. Mi nak pergi Hard Rock Cafe sebab nak beli sehelai baju. Mi memang kumpul baju Hard Rock kalau melawat setiap negara. Hobi membangkrapkan diri ni dah bermula dari 6 tahun yang lalu, waktu Mi pertama kali pejam mata dan beli baju di Hard Rock Penang. Bermula dari situ, setiap negara yang Mi pergi pasti nak beli at least sehelai baju Hard Rock. Setakat ni cuma ada Hard Rock Penang dan Hard Rock Bali je sebab tak sempat nak pergi banyak negara selepas wujud hobi ni...so kali ni nak beli T-shirt Hard Rock Seoul.

Hard Rock Cafe Seoul terletak di dalam Lotte World Mall di Songpa-gu, Seoul, South Korea. Kalau tak silap, ia berada di tingkat paling atas. Hard Rock Seoul ni sama la macam di KL jugak, ada restaurant dan live band semua, tapi kami tak pergi makan pun kat situ, cuma singgah untuk beli T-Shirt dan bergambar je.

Lotte World Mall ni kalau di Malaysia da sama macam KLCC, Pavilion dan Lot 10. Kedai-kedai designers seperti Louis Vuitton, Prada, Burberry, Ferragamo smua bersepah sepah dalam ni. Malah lebih dasat lagi dari Malaysia sebab dorang ada butik Hermes jugak. Orang kat sana shopping Birkin Bag macam beli handbag Bonia je kat sini. Dekat mall ni Mi banyak cuci mata jela...

Setelah sejam setengah kat mall, kami pun keluar untuk cari Songpa naru Park. Songpa naru Park ni tak jauh dari Lotte World Mall ni...kami cuma kena cross beberapa jalan raya besar je untuk kesana. Songpa naru Park ni terletak bersebelahan dengan Lotte World Theme Park. Mi memang dari awal da takde plan pun nak melawat theme park ni. Rasa diri ni dah tua untuk naik rides yang mencabar-cabar tu. So lebih baik takyah bazir duit untuk masuk kalau dah tau memang nanti takkan main apa apa pun.

Di Songpa Naru park ni ada tasik serta landskap menarik dan banyak pokok-pokok. Ada walking path dan jogging trail jugak. Ramai yang datang sini untuk jalan-jalan, exercise, jogging dan sebagainya. Permandangan kat sini pun photo-worthy. Kalau musim cherry blossom, park ni memang tersangat-sangat la cantiknya. Time yang Mi pergi ni pokok banyak masih botak, tasik separuh beku dan suasana sejuk dan kelabu.

Setelah berjalan dan bergambar kat Songpa Naru Park, kami pun meneruskan perjalanan ke area Yeoksam di Gangnam untuk makan LUNCHINNER (lunch + dinner) di Yang Good Korean BBQ Grill Restaurant. kami tibe awal sikit so dok tangkap gambar buat macam-macam aksi sebelum dapat masuk dalam restoran ini yang hanya dibuka pada jam 4 petang sampai malam. Mi dah siap tangkap gambar signbod depan restoran ni so korang boleh tengok sendiri range harga makanan. Kami memang da buat calculation da dari Malaysia tapi kami decide nak try juga makan kat restoran ni walaupun agak mahal. Ramai orang Malaysia yang kesana makan kat restoran ni, Termasuk la Mr Tall Dark and Handsome Khairy Jamaludin kita.


Yeoksam Station LINE 2 (EXIT6)

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_ch
Dekat sini dah boleh bajet-bajet da berapa nak habis duit

kami order cold noodle jugak. Sedap gila walaupun kuahnya tu berais-ais tapi sedap makan mi sup letak ais batu camtu. cuba la try wat bila makan mee sup nanti kat Malaysia..confirm tak sedap

Boneless Lamb kami yang sedang di grill
          
             ni Lamb skewers isi dia cenonet sikit tapi best lembut


Hmm.. setelah kenyang nak pengsan kami pun meneruskan perjalanan ke Gangnam Square. Kat sana kami tangkap-tangkap gambar sikit je pastu terus gerak balik hostel. Esok dah last day so nak kene start kemas-kemas barang sikit.


No comments:

Post a Comment

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...