Monday 22 January 2018

PERCUTIAN KE PARIS, LONDON, SERTA PERKAMPUNGAN ENGLAND 2017

Last 11 October 2017, after 8 years, I had the chance to visit my most favorite country, England. After almost 8 months of intense planning, we were finally there.

Mi beli tiket promo di MAS dengan harga sekitar 2.5k (return ticket economy class). Penerbangan kami dari KLIA ke Heathrow mengambil masa dalam lebih kurang 14 jam. 

Flight Mi ke sana dalam jam 10 malam dan kami tiba ke destinasi pada jam lebih 5 pagi (waktu UK). Our flight was a smooth one thanks to the seating dekat bahagian wing or maybe because kami menaiki kapal terbang besar memang tak terasa take off dan landingnya. Even turbulence pun tak terasa sangat compared to masa naik Air Asia ke Korea dulu.

Day One - LONDON (King's Cross & Oxford Street)
Setibanya kami di Heathrow, kami terus berpusing sekitar airport untuk mencari kedai. Kami pun terus beli Oyster card untuk digunakan sepanjang nak naik public transport di sana. Mi beli Oyster card dengan harga £15. (RM82.50). Oyster card ni kita boleh top-up macam Touch N Go di Malaysia. Tapi ada price cap. Price cap untuk card kami "Visitor Oyster" adalah £7.70 untuk zon 1-3. Di sini kawasan-kawasan mereka terbahagi dengan zon-zon dan kami beli zon 1-3 kerana disitu kawasan attractions for London. Kalau nak pergi lebih jauh, kena pilih zon yang lebih, sampai ke zon 6. Mi pun tak paham sangat zon-zon dorang ni so kalau nak tahu lebih lanjut boleh baca di wikipedia London fare zones 

Price cap pulak maksud Mi ialah...harga maksimum. Bermaksud, kalau kita jalan-jalan merata-rata di London naik turun train, card tu akan stop charge sampai £7.70 sahaja. Tapi bukan setiap hari pun kami sampai ke price cap tu...kecuali ada satu hari tu memang kami jalan sakan sebab hari terakhir.

cantiknya King's Cross station...

Setelah beli card kami pun naik train untuk ke Station King's Cross & St. Pancras. Kami sewa hostel di area tu juga sebab esok nak ke Paris naik train Eurostar yang berstesen di St. Pancras. Mi dah book Generator hostel London, sebuah hostel hipster yang happening and not bad. Harganya berpatutan cuma bilik kami tu memang bebetul macam hostel. Kami pilih quadruple private room, dimana bilik tu mempunyai dua buah katil double decker. Toilet pula sharing, Male and Female separately. Overall hostel tu memang best sebab bersih. Walaupun toilet terpaksa berkongsi, kami semua boleh je survive disitu. 

Kami terpaksa sewa locker untuk simpan beg-beg kami yang besar kat hostel tu sebab kami sampai terlalu awal sebelum check in. Check in pukul 3 ptg and kami sampai pula pukul 10 pagi. Lepas simpan beg, kami terus berjalan ke Oxford street dengan menaiki underground tube yang diambil dari King's Cross station.Mi memang plan nak ke Primark terus untuk beli kasut boots yang lebih selesa untuk dipakai sepanjang percutian. Primark terkenal dengan pakaian-pakaian dan aksesori yang smart-smart namun murah gila.

Setelah puas berjalan sekitar Oxford street untuk mencari Primark, last-last Mi beli boots dekat Matalan je. Bukan apa, sebab Matalan pun tak kurang lawa Barang-barangnya. Primark dan Matalan antara kedai pakaian bajet yang menawarkan pakaian trendy terkini pada harga yang cukup murah pada Mi.

Dalam pukul 5pm camtu kami pun bergerak pulang ke hostel. Kami terus check in, masuk bilik, rehat, mandi dan turun ke pantry untuk masak maggi cup. Kami  makan maggi cup je sebab penat sangat nak keluar makan. Setelah tu dah tak ada apa nak dibuat, TV pun tak ada untuk ditonton (TV cuma disediakan di TV public TV room) maka kami pun tidur dengan nyenyaknya.

Day Two - LONDON to PARIS (Centre Georges Pompidou, Saint Chapelle, Fontaine St Michel, River Seine, &Notre Dame)
Jam 4 pagi kami semua dan bangun dan bersiap untuk checkout dan bergerak ke St. Pancras. Oleh kerana beg yang terlalu besar dan jalan yang terlalu sunyi, kami pun putuskan untuk naik UBER je walaupun distance nya cuma 15 minit jalan kaki.
Setelah kami sampai ke St Pancras, kami pun melalui pelbagai kaunter (macam nak naik flight jugak) untuk naik Eurostar. Kami kene lepas immigration dulu barulah kami boleh naik train tu. Proses nya memakan masa hampir sejam jugak so Mi nasihatkan semua supaya tiba ke St.Pancras lebih awal dari waktu tren berlepas. Train kami adalah schedule paling awal untuk hari itu iaitu pada pukul 5.30am, dan perjalanan kami ke Paris dari London memakan masa 2 jam 15 minit.

Train Eurostar ni biasa-biasa aja dehhh. Macam naik ETS je kalau di Malaysia ni. Cuma apa yang spesel ialah Eurostar merupakan high speed train yang ada laluan terowong dalam laut. Terowong ni dibina bagi menghubungkan London dengan Paris.Bila time dia lalu dekat terowong dalam laut tu, suasana dalam train jadi gelap gelita. Mi tak sempat nak rasa berdebar-debar pun waktu train tu lalu dalam laut, sebab tidur berdengkur-dengkur. Kalau ikutkan la... masa tu la paling crucial sebab kalau la train tu rosak maka berkubur la kami beramai-ramai di dalam lautan nun di sana. Dalam train ni ada cafe dan juga toilet tapi Mi tak singgah pun ke toilet cuma sempat minum coffee yang dibeli dalam train. Train ni selesa, ada ruang simpan beg and ada meja (macam dalam flight).

Penat sangat sampai tertido-tido da kakak and kawan mi...


kami sebelum tertidur
Tak lama kemudian dalam jam 7.30am kami pun tiba di Stesen Gare Du Nord, Paris. Train berhenti je kami terus ambil beg dan pecut ke pintu keluar. Oleh kerana bermacam-macam cerita yang didengar tentang pencopet-pencopet disini, maka kami pun vigilant abis. Alhamdulillah takda kejadian pun yang berlaku kepada kami. Kami sekali lagi putuskan untuk naik UBER ke tempat penginapan kami yang ditempah di AIR BNB. Kawan Mi, Anis yang tempah sebab dia sendiri pun ada rumah yang disewa melalui AIR BNB, so profile dia lebih strong. Bukan apa, pemilik rumah di AIR BNB ni juga terkenal dengan kekwat mereka yang kadang-kadang boleh kensel tempahan kita pada last minit. Perjalanan dari Gare Du Nord ke rumah Isabelle (pemilik rumah) memakan masa hanya 5 minit.

Kami tiba just in time, dan oleh kerana komunikasi yang efficient dari Anis dan Isabelle, maka tak ada masalah langsung disitu. Isabelle seorang yang amat friendly. Wanita Perancis dalam lingkungan umur 50an, Isabelle walaupun kurang fasih berbahasa Inggeris sangat mesra dan betul-betul mengalukan kedatangan kami. Kami pun diberi tour around the house. Rumah Isabelle sangat comel dan unik. Paling penting, bersih sekali. Mi suka sangat dengan decor ala "Shabby Chic" macam crossover antara bohemian country dan Nordic. Perabot dia memang banyak la IKEA punya tapi dicampur-campur dengan personal touch contohnya macam pelbagai patung-patung porcelain dan figura Light house. Jelas betul dia peminat Light house sebab ada banyak gambar dan replica tergantung dan disusun di almari. Yang paling win, patio nya yang besar dan luas serta berarah kepada landmark popular iaitu Sacré-Cœur Basilica, Montmarte. Antara landmark yang tercantikdi Paris tapi tak dapat nak slot in dalam itinerary kami. Bonus untuk kami, sebab still dapat bergambar dengan gereja tu walaupun dari balkoni rumah. 

Permandangan dari patio rumah Isabelle mengarah ke Sacré-Cœur Basilica, Montmarte.

pretty Isabelle's house

cute kitchen decor

pretty patio garden

I love houses with alot of  books

 
da masak kemas balik bersih-bersih so Isabelle pun review balik kawan Mi baik-baik. Dia cakap kami treat rumah dia dengan penuh respect. Tapi camtu la kalau duduk Air Bnb nih..kena jaga kebersihan dan kelakuan kalau tak boleh kena BAN!


Setelah kami dibriefkan oleh Isabelle tentang do's and don't di rumahnya, maka kami pun terus la pergi keluarkan makanan dan mula memasak sebab perut lapar gila semalam makan maggi cup je. Mi pun terus masak lauk sardin, kari ayam tin, dan telur scrambled egg dimakan dengan nasi dan serunding. Nak masak hebat tak boleh sebab guna rice-cooker, since dapur memasak Isabelle ni macam tak berfungsi. Tapi kami makan dengan kenyangnya. Lepas tu kami mandi dan bersiap untuk keluar jalan. Hari ni itinerary kami bertumpu kepada Centre Georges Pompidou, Saint Chapelle, dan Notre-Dame.

Stesen terdekat dari rumah Isabelle ialah stesen Chateau Rouge (3 min walk). Untuk ke Centre Georges Pompidou, kami take Metro Line 4 from Chateau rouge station to Gare de L'est Station. Change metro Line 5 to Republique station & Change to Line 11 to Rambuteau. Pompidou ni adalah bangunan baru, Mi tak berminat sangat so cuma kawan Mi, Anis dan Faiez je yang pergi explore. Mi dan kakak Mi sibuk explore Mini Carrefour. Seronok tengok makanan-makanan yang ada dalam tu macam Family Mart yang sepuluh kali ganda best.

Lepas tu kami gerak ke Saint Chapelle. From Station Rambuteau take Metro Line 11 to Station Chatelet. Change to Line 4 to station Cite. Walk to Saint Chapelle. Di Saint Chapelle tu kami bergambar2 pastu jalan ke Notre Dame. Kami bergambar lagi sampai nak muntah pastu baru kami lepak-lepak minum dia cafe tepi jalan dan acah-acah feeling Parisienne. Kemudian kami bergerak pulang. Sebelum tu kami singgah di gerai kebab berdekatan dan beli kebab halal. Sedap gila kebab tu sampai sekarang terasa-terasa rindu. Lepas makan kami pun tidur awal je sebab kepenatan. Ada la juga rasa nak tengok TV tapi hampeh, semua tak faham sebab even cerita English pun dorang alihbahasakan jadi bahasa perancis. Nyampah!

Bergedik snapshot di area Saint Chapelle

permandangan along River Seine

Fontaine Saint Michel

With Pope John Paul Statue at Notre Dame



Day Three - PARIS (Eiffel Tower, Hotel Des Invalides, Arc Du Triomphe, Champ Elysees, Gallery Lafayette, Hard Rock Paris)
Kami bangun awal and keluar rumah awal lepas breakfast untuk terus ke Eiffel tower. Untuk ke Eiffel Tower Dari Chateau Rouge Station kami take LINE 4 to Strasbourg ST Denis station. Change to LINE 8 to La Motte Picquet Grenella Station. Change to LINE 6 Bir-Hakeim Station. Untuk masuk ke entrance Eiffel Tower, kami kena lalu strict security check. Mungkin sebab banyak kejadian, so kawalannya ketat sekarang. Dalam tu kami just bergambar di sekitar luar Eiffel sahaja. Kami tak naik pun Eiffel tu sebab beraturnya panjang dan banyak lagi tempat nak pergi. Dah puas bergambar kami pun naik train ke Hotel Des Invalides dan Arc Du Triomphe untuk bergambar lagi. Nampak tak gila dahsyat kami punya bergambar tu. After that, kami ke Champ Elysees untuk cuci mata dan tengok flagship store Louis Vuitton dari luar je. Kemudian kami ke Galeries Lafayette (mall orang kaya) untuk cuci mata tengok designer brands dan makan macaroon yang terfemes iaitu Laduree. Sedap macaroon tu dan harganya pun sedap. Kami beli sorang seketul je tu pun kongsi-kongsi rasa yang lain sebab mahal sangat. Ikut hati taknak beli pun tapi sebab dah datang jauh kesini takkan la tak rasa kan. Rasanya sedap tapi tak la sedap gila. Sedap gitew-gitew je.

Gorgeous Eiffel...

Enjoying every moment of vacation- freedom while we're still young and single! young ke? hahaha

Best shot of us!

Hotel Des Invalides

mimimusings
Eiffel I'm in love

You'll just have to see it with your own eyes coz I can't explain how breathtaking the building is




 
Nasib baik lerr tak minat sangat beg Louis Vuitton. Kalau tak da jadi di antara yang tengah beratur tu.

 
Louis Vuitton Flagship outlet and HQ at Champ Elysees.

 
caption untuk gambar macaroon ni ialah... "haaa suh lagi simpan dalam handbag aku, memang penyeklah jawabnya"


Kami lunch di McDonald's tapi kami makan bekal Tuna wraps yang dibawa je. Minuman je Mi beli. Nak jimat punya pasal kan. Setelah tu kami bergerak ke Hard Rock Paris. Disitu baru Mi habiskan semua Euro yang ada dengan membeli hooded sweater. Mi memang tak tukar Euro banyak sebab tak plan pun nak shopping kat Paris. Cuma memang nak rembat satu je baju di Hard Rock. 

adding to my Hard Rock sweatshirt collection is one from Paris!

Kemudian kami singgah ke Carrefour bawah rumah untuk beli groceries. Kakak Mi dah request nasi lemak banyak kali so kami pun beli udang gemuk2 di situ untuk dibuat sambal tumis udang. Oh ya, kami memang tak berani balik lewat-lewat kat Paris ni sebab rumah Isabelle terletak di kawasan yang agak ramai illegal immigrants dan foreigner. It's like we're in another part of Paris full of outsiders.The streets are lined with Halal butchers, phone shops, and African hair salons. Ada banyak sangat penjual jagung dari train station sampai la ke lorong umah Isabelle. Dorang just guna shopping cart yang dicuri ntah mana2 lepas tu letak tong dan bakar jagung kat situ. Nak beli pun takut sebab penjual tu pun bengis betul muka macam nak rompak kita. Even hari terakhir kami disini, ada perhimpunan orang-orang Mozambique. Mereka taklah kelihatan jahat tapi sebab kami semua perempuan jadi tak berani nak balik lewat-lewat. Jelas, memang rumah Isabelle ni terletak di kawasan yang agak danger-zone dan NO-go juga. Tapi sejurus naik ke rumah je memang tak terasa...rasa macam kat dunia fantasi yang lain. Lepas makan kami pun terus tidur sebab kepenatan, kaki sakit betul sebab banyak jalan.

Day Four - PARIS (Musee De Louvre) & BACK TO LONDON

Kami bangun awal pagi untuk visit tempat yang terakhir dalam Itinerary iaitu Musee De Louvre. Waktu pagi memang nice time untuk pergi sebab matahari belum naik habis so cantik kalau nak bergambar. Kami pun tangkap gambar and  berjalan-jalan menikmati permandangan indah disamping cuaca sejuk yang best tu. Kami ada dalam sejam dua je sebelum bertolak balik ke London melalui Eurostar. So lepas visit Musee De Louvre kami pun bergegas pulang ke rumah Isabelle untuk ambil beg. Masa balik tu da nampak Isabelle tengah mengemas. Kami pun say goodbye dan selfie dekat balkoni rumah dia. Dia macam happy je dengan kitorang sebab tak kotorkan rumah dia. Lepas ambik beg, kami terus berangkat ke Eurostar naik Uber (3 minit dari rumah Isabelle), naik train untuk kembali ke London.

Permandangan di pintu masuk Louvre awal pagi


Pointe Louvre!


Before leaving Paris, a quick photo with the lovely home owner, Isabelle.... More stories in the next entry!



1 comment:

  1. Hi...boleh bagi nama atau link airbnb di PAris tak?

    ReplyDelete

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...