Monday 22 January 2018

ROAD TRIP TO BATH & BICESTER VILLAGE

DAY FOUR : BACK IN LONDON TO BEGIN OUR ROAD TRIP

Soon as we arrived back in London from Paris, we terus check in to Generator Hostel again, placed our bags in the room and continue to jalan-jalan dekat area London. Since dah jam 3 petang, kami pun buat light walk je (naik train) ke area St. Paul's Cathedral lepas tu kami round the area River Thames dan London Eye untuk pergi makan fish and chips halal yang famous kat sini iaitu Great British Fish & Chips.

Address: Westminster Bridge Rd, Lambeth, London SE1 7PB, UK
Open 10AM–7PM
8/10 Taste Superb! Isi gebu and penuh dengan ikan, batter garing dan sedap, fries nya pun gemok gemok and less oily.

Kami lapar sangat sampai jadi tamak semua order sorang satu. Tapi portion nya boleh share dua orang actually. Memang besar fish dia and fries nya pun banyak and gemok gemok.

muka happy masing-masing tak payah makan mee maggie. Hahaha
St Paul's Cathedral, London




Setelah kenyang makan Fish & Chips, kami pun terus pulang ke Generator Hostel sebab hari pun dah gelap. Lagipun esok nak gerak pagi ke tempat sewa kereta di King's Cross station awal pagi. Esok kami akan mula bawa kereta keluar dari London untuk menuju ke banyak lagi destinasi menarik di bahagian perkampungan England.


DAY FIVE - THE ROAD TRIP BEGINS!
First Stop: CLARKS VILLAGE, SOMERSET

Untuk road trip ni kami telah menyewa sebuah kereta MPV. The reason being, sebab kami nak bershopping dekat banyak outlets so beg akan bakal beranak pinak jadi lebih afdal sekiranya menyewa kereta yang besar sedikit bonetnya..hahahaha. 

Urusan menyewa kereta dah dibuat oleh kawan Mi sejak dari Malaysia. Kami sewa kereta menggunakan khidmat Enterprise Rent-A-Car yang berpusat di St Pancras International. Kami sewa kereta untuk 3 hari and harganya boleh dikatakan agak murah berbanding car rental yang lain.

Kami bangun jam 7 pagi dan bergerak jam 8 pagi dari Hostel untuk ke  St. Pancras International dengan kami berjalan kaki. Setelah register untuk ambil kereta kami iaitu kereta jenis MPV jenama SEAT ALHAMBRA, kami pun bergerak untuk ke Clark's Village.
Car rental guy suruh check dulu apa yang patut...

Lihatlah beg-beg kami... nasib muat hehehe...

Ni sedikit description dipetik dari Wikipedia: "Clarks Village is an outlet shopping village in Street, Somerset, England. It was established in 1993 on the site of old C&J Clark factory buildings. It includes over 90 high street and designer retailers, as well as a number of coffee shops, restaurants and fast food chains."

Perjalanan memakan masa 3 jam dari tempat kami bergerak. Kami banyak stop untuk ke bilik air dan untuk beli coffee sebab mengantuk drive ikut had kelajuan. Cuaca yang sejuk juga menyumbang faktor kepada mengantuk. Dalam perjalanan kami sempat nampak STONE HENGE dari jauh, antara attractions yang kami terpaksa scrape out sebab tak cukup masa.

Setelah sampai ke Clark's Village, kakak pun mula shopping. Ini hentian yang dipilih oleh dia sebab katanya nak borong sports items kat Sports Direct dorang yang lebih murah. Mi banyak habiskan masa dekat kedai kasut Clark's and borong beberapa kasut disitu. Lepas tu agak lama dekat kedai pakaian NEXT sebab baju my size memang lawa-lawa and murah kat situ..(tengah sale!) Lepas tu dah tak tau nak buat apa sambil tunggu kakak, mi pun makan ice-cream yang famous kat England ni...vanilla ice cream with cadbury flake. sejuk-sejuk pun ada keinginan makan ice-cream lagi. Memang gilo hang ni.

The most soothing Vanilla ice cream with Cadbury flake chocolate!
Clarks Village outlet shopping untuk borong kasut Clarks dan barangan lain

Selesai memborong kami pun bergerak menuju ke area BATH dan check in di Travelodge area tu sahaja. Kami rasa lebih senang kalau check in di area berdekatan sebab tak perlu rushing untuk ke tempat yang nak dilawati keesokan hari. Dekat Travelodge tu, Mi gunakan rice cooker yang dibawa dari rumah untuk masak makan malam kami. Malam tu Mi masak nasi, lauk telur rebus masak lemak dan kari ayam tin. Mana dapat telur? Malam tu kami keluar berjalan dekat kedai runcit berdekatan untuk beli telur. Jimat belanja kan :)


DAY SIX - SECOND DAY ROAD TRIP : THE ROMAN BATHS & ROYAL CRESCENT, SOMERSET

Ni muka bangun pagi mandi terus kena checkout






The Roman Baths


Full view of the Roman Baths

Kami checkout hotel pukul 8 pagi dan terus head to The Roman Baths, sebuah bekas peninggalan kolam air panas dan juga tempat pemujaan yang dibina oleh orang dari zaman Rom purba. Kalau nak cerita lebih lanjut mungkin terlalu panjang, jadi baik Mi explain je kenapa kami visit tempat ni.


Mi dah pernah kesini dulu dengan family lapan tahun yang lalu dan Mi memang tau tempat ni cantik. So bila suggest dekat kawan-kawan, mereka pun berminat jadi kami pun pergila situ. Apa yang cantik pada Mi ialah senibina bangunan ni. Kompleks Roman Baths adalah tempat bersejarah di kota Bath di England. Rumah ini adalah tapak peninggalan Rom yang dipelihara dengan baik oleh orang England untuk kawasan mandi awam (macam di Jepun). Kolam air panas ni adalah tarikan utama pelancong dan menerima lebih dari sejuta pengunjung setiap tahun. Ia dipaparkan pada program TV sebagai salah satu dari Tujuh Keajaiban Alam semulajadi dan juga sebagai salah satu keajaiban di Negara Barat. Pelawat boleh melihat kolam mandian dan muzium tetapi tidak boleh memasuki air. Muzium ni turut menyediakan panduan audio tersedia dalam 12 bahasa.


Kena guna audio ni and dial nombor mana-mana yang terpampang untuk ketahui lebih lanjut sejarahnya



Untuk explain secara light and lawak sedikit, The Roman Baths ni adalah tempat mandi orang-orang awam Rom zaman dahulu kala kerana mandi tu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat oleh orang di zaman dahulu sebab tak semua orang mempunyai bilik air kecuali orang orang kaya. Jadi mereka dirikan satu tempat mandi awam dimana mereka mandi berendam sambil bersosial. Sama la juga dengan orang zaman moden yang suka pegi Spa tuh. Kalau nak book tiket masuk ke Roman Baths ni boleh la visit website mereka The Roman Baths

Setelah puas bergambar dalam The Roman Baths, kami pun menaiki kereta untuk ke Royal Crescent. Royal Crescent ni cuma kawasan perumahan. Tapi shape nya yang cantik tu memang lawa untuk bergambar sebab rumah-rumah tu dibina sekitar padang bulat. Satu lagi tempat ni famous sebab penulis Pride and Prejudice, Jane Austen pernah tinggal disini. Jane Austen ni merupakan penulis novel English terkenal yang hasil karyanya dianggap sebagai sebahagian daripada  Literature. Pemahamannya kedalam kehidupan wanita zaman itu menyumbangkan lagi kepada idea-idea novelnya.


Di Royal Crescent

Seribu kenangan di Royal Crescent

Setelah puas bergambar di Royal Crescent kami pun bergerak untuk mencari tempat penginapan untuk bermalam. Kami dah plan untuk tidur di Travelodge Bicester, tapi alangkah hampehnye, penuh pulak hotel tu sebab Bicester Village nak launch outlet baru. Oleh kerana kami dah pusing satu area Bicester tu memang takde hotel yang kosong, kami pun pandu terus ke Birminhgham secara tak sengaja untuk stay di Travelodge Birmingham semata-mata. Birmingham pulak lebih kurang sejam jauh ke Bicester Village tapi oleh kerana no choice maka kami pun dapatlah jalan jauh sikit sampai ke Birmingham tu. Bila sampai sana fuhhh banyaknya deretan kedai Halal. Nampaknya ramai juga orang Islam di area Birmingham ni. Sayang kami tak sempat nak bersiar lama di Birmingham tu sebab nak kejarkan Bicester Village... takpelah...kalau ada rezeki kita datang lagi kali ni ke Birmingham pula. Oh ya, kami stay di Travelodge Birmingham City Centre. Sampai je disitu, Mi pun teruskan tanggungjawab selaku tukang masak untuk kawan-kawan. Mi masak Salmon asam pedas dan juga telur scramble eggs makan dengan nasi. Memang merecik sebab cuaca di Birmingham juga makin sejuk.



DAY SEVEN - THIRD (FINAL) DAY ROAD TRIP  : BICESTER VILLAGE

Yang ni lawak sikit. Kami sampai ke Bicester Village dari Birmingham awal pagi dan Bicester pun tak buka lagi time ni. Bicester Village ni merupakan motif utama jugak kami sewa kereta ni. Masa kat Bicester Village ni kami dah berpecah sebab masing-masing ada barang sendiri nak dibeli so kami berjanji la nak jumpa dimana pukul berapa.

Kalau di Malaysia Bicester Village ni sama macam JPO cuma hebatnya tu berpuluh kali ganda. Outletnya memang banyak dan harga memang murah gila. Contohnya kalau beli handbag GUCCI tu memang boleh dapat kurang beratus-ratus ringgit dari harga beli di boutique. Tak termasuk lagi dengan claim VAT. memang berbaloi-baloi.

Shopping macam orang gila. Bila nak pack masuk dalam bag jadi lagi bertambah gila.
Tak sah kalau tak beli Cath Kidston original kalau pergi London...tetapi..tetapi...ada ke orang boleh bezakan dengan FAKE yang bersepah sepah di Malaysia nanti..huhuhu

                     Ni second round kat Bicester baru sempat ambil gambar 

Selesai shopping walaupun sememangnya tak akan pernah selesai, kami pun singgah ke Tesco untuk beli ayam nak dibuat lauk makan malam. Tesco berdekatan Bicester ni ada jual ayam halal so kami pun rembat buat masak kicap malam tu. Periuk nasi yang dibawa ni memang banyak berjasa pada perut kami. Hahahaa.

 
Periuk nasi buruk yang banyak berjasa


Ayam masak kicap & Black pepper guna periuk nasi. Makan dengan sambal hitam dan ulam salad, cuaca 10 degrees, Pergh kebabom tebabom bom bom. Masa ni Lobster & Burger pun dah tak pandang.




DAY EIGHT - END OF ROAD TRIP, LAST ROUND AT BICESTER VILLAGE AND BACK TO LONDON

Tak sedar dah lapan hari kami bercuti. Cepat betul masa tu berlalu. Kami bangun awal pagi untuk sambung shopping kat Bicester last kopek. Mi memborong kat Fossil belikan jam untuk adik dan diri sendiri. Lepas tu kami buat VAT claim kat situ jugak... hasil dari VAT semua barang yang dibeli dapat balik 170 pound. Duit tu nak buat belanja kat London pulak.

Kami gerak dari Bicester Village dan terus ke Camden untuk pergi ke rumah sewa Air BNB yang kami sewa untuk hari-hari terakhir kami di London. Kali ni rumah Jen pula. Kami menetap di rumah Jen 5 hari 4 malam. Setelah berjumpa dengan Jen dan menyimpan beg yang dah beranak pinak bagai nak rak, kami terus gerak ke St. Pancras untuk pulangkan kereta sewa. Sambil tu kami berlari ke King's Cross sekejap untuk bergambar di platform 3/4, Harry Potter. Punyala kelakar..sempat lagi nak kejar benda tu.



Siap ada orang nak terbangkan scarf...tapi gambar yang diorang snap kena beli kat kedai. Mi beli je buat kenangan. Yang ni kakak Mi yang snap.

Kakak pun tak lepaskan peluang tapi deyyyy mata terpejam pulok.


Lepas tu kami cepat-cepat berkejar pulang sebab rumah kami area Camden tak berapa selamat untuk gadis-gadis diwaktu malam. Camden ni agak banyak jugak foreigners. Sebelum sampai rumah kami sempat tapau Fried Chicken kat kedai Arab ni halal. Sedap jugak. Mi masak maggi goreng jugak untuk tambah-tambah. Dekat rumah Jen ni boleh masak. Ada dapur dan sebagainya. Oleh kerana penat sangat kami pun tidur awal. So berakhirlah road trip kami setelah kereta dipulangkan. Untuk entry seterusnya Mi akan ceritakan hari-hari terakhir kami berjalan-jalan di Kota London.


No comments:

Post a Comment

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...