Tuesday 6 February 2018

CHRONIC POST-TRAVEL DEPRESSION! HAHA

Royal Crescent 2017 & Royal Crescent 2009


Gambar di atas tu kat lokasi yang sama pada tahun yang berbeza. Tahun 2017 umur 36, pergi bercuti dengan kawan-kawan, guna duit hasil titik peluh sendiri. Tahun 2009 umur 28, baru habis degree lepas tu liat nak cari kerja sebab seronok makan tido, pergi bercuti dengan parents semua ditanggung (kecuali duit shopping, yang tu guna duit sendiri hasil freelance illustrator untuk project Kotex).

Memang berbeza bercuti kali ni compared to 2009 sebab kali ni pergi paling bermakna dan terkesan di hati. Kita lebih appreciate tempat tu kerana susah payah nak pergi, lebih hargai moments tu sebab banyak duit yang dah habis untuk jejakkan kaki ke situ. Dalam banyak kali ke London....tahun 2017 ni la yang paling teruk sekali post travel bluesnya. Hahahaha.

Ni dah hampir 2 bulan lebih berlalu and baru dapat move on sikit-sikit. Hahaha.
Untuk post ni, just wanna share what I bought there and what I can't forget about London...



Kalau letak harga memang boleh bergaduh dengan personal shopper. So Mi tak sebut harga la cuma nak bagitau satu je, memang MURAH! Ni koleksi beg yang Mi beli, banyak jenis kecil dan ada sling sebab masa beli ni asik fikir nak beg yang kecik sebab nak pakai jalan-jalan. dari kiri Kate Spade, Gucci (gaji sebulan) Cath Kidston Mi tertarik dengan image kucing-kucing yang comel tuh... handbag leather Fossil harga murah ya ampun! dan wallet Fossil serta jam tangan Fossil juga (harga murah nak nangis).

yang bab kasut ni sedih sikit. taktau kenapa dok beli kasut sports je yang banyak. dari kiri kasut jenama FABRIC harga less than rm50, Nike air max, Adidas NMD, Timberland Loafers, sandal clarks, kasut but clarks, dan yang paling berjasa, black biker boots dibeli di MATALAN. yang tu harganya RM125.

Buku dan mekap Marks & Spencer. Ada yang Mi simpan, ada yang beri pada kawan sebagai hadiah. Paling mahal face scrub LUSH tu. dalam RM60 lebih. LUSH memang organic dan famous kat sana. Tak ada jual kat Malaysia lagi kalau nak beli pun kene order personal shopper.

Ni minyak rambut dan makeup remover and shower gel yang beli di Tesco. Saja-saja beli nak try.


Ni yang paling dirindu. Senang tau nak berdiet kat sana coz makanan dorang banyak yang untuk diet tu jual murah je.



Ok sekian entry menunjuk ini. Roughly Mi habis dalam RM7K untuk shopping expenses kat sana..tu pun yang paling mahal hanya sebuah beg dah take up 70% daripada RM7k tuh. Campur dengan kos yang lain-lain, all in including flight tickets ada dalam RM13k camtu.

ok la tu kan. shopping 7k, others 6k. Boss Mi pun cakap murah gila Mi pergi bercuti. Terer kan kami?? Nak bercuti tempat-tempat camni buat apa ambil tour guide or ikut Tour Package. Lebih baik pergi sendiri sebab dorang cakap bahasa Inggeris yang kita boleh faham dan tutur. Bukan bahasa asing. So kalau rajin bertanya, rajin buat research dan yang penting ada confidence yang tinggi memang boleh pergi sendiri. Lebih jimat wang!!!!

LONDON FINALE!

DAY NINE - LONDON (BUCKINGHAM PALACE, BIG BEN, DIANA'S MEMORIAL PARK, TRAFALGAR SQUARE, HARRODS, HYDE PARK, HARD ROCK LONDON)

Day nine, kami dah mula berjalan-jalan kota London dan utilize Oyster card kami. destinasi pertama ialah pergi ke Buckingham Palace untuk tengok changing of guards. Untuk ke Buckingham kami melalui Diana's memorial park yang ada pokok-pokok dan tumbuhan bunga-bunga cantik sahaja. Setelah tonton changing of guards kami pun bergerak ke Trafalgar Square. Cuaca waktu ni sejuk yang amat. Kami light snack dekat McDonalds and then bergambar kat Trafalgar Square, kemudian masuk ke National Gallery to see some ancient paintings. Entrance free.

Kemudia kawan Mi nak bershopping lagi so kami pun bawa la dia ke Harrods. Kami takda benda nak shopping kat Harrods tu, so kami pun berewang-rewang je la membuang masa. Tangkap gambar makanan yang dijual dalam food court Harrods tu pun menarik juga. Ada Mi share di bawah. Mi cuma beli chocolate untuk mama je tu pun harganya rasa nak nangis sebab mahal mengarut.

Setelah sejam lebih kawan Mi bershopping di Harrods, kami pun bergerak ke Hard Rock London. Mi beli satu sweater warna Merah sebab dah jadi Hard Rock Sweater collector kan..hahaha. And then kami bergerak pulang sebab dah penat sangat.

We love you Princess Diana!



Cantik kan I capture photo ni....I tak buat watermark sebab tak suka rosakkan gambar... so kalau U curi I tak Halalkan ya...kalau nak gambar ni minta je la di ruangan komen..hehehe

Trafalgar Square...ni kali ke 7 bergambar disini

Dalam National Gallery...entrance fee: Free atau derma seikhlas hati

Nampak tak... setiap hari macam ni ye... crowd yang datang untuk tengok changing of guards

Tangkap gambar aja mampu dehh

Rendang Harrods... nampak tu harga 100 gram... dalam RM24.00

 
Beli sweater di Hard Rock London pula...



Di bangunan berdekatan Imperial War Museum


JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...