Tuesday 6 February 2018

CHRONIC POST-TRAVEL DEPRESSION! HAHA

Royal Crescent 2017 & Royal Crescent 2009


Gambar di atas tu kat lokasi yang sama pada tahun yang berbeza. Tahun 2017 umur 36, pergi bercuti dengan kawan-kawan, guna duit hasil titik peluh sendiri. Tahun 2009 umur 28, baru habis degree lepas tu liat nak cari kerja sebab seronok makan tido, pergi bercuti dengan parents semua ditanggung (kecuali duit shopping, yang tu guna duit sendiri hasil freelance illustrator untuk project Kotex).

Memang berbeza bercuti kali ni compared to 2009 sebab kali ni pergi paling bermakna dan terkesan di hati. Kita lebih appreciate tempat tu kerana susah payah nak pergi, lebih hargai moments tu sebab banyak duit yang dah habis untuk jejakkan kaki ke situ. Dalam banyak kali ke London....tahun 2017 ni la yang paling teruk sekali post travel bluesnya. Hahahaha.

Ni dah hampir 2 bulan lebih berlalu and baru dapat move on sikit-sikit. Hahaha.
Untuk post ni, just wanna share what I bought there and what I can't forget about London...



Kalau letak harga memang boleh bergaduh dengan personal shopper. So Mi tak sebut harga la cuma nak bagitau satu je, memang MURAH! Ni koleksi beg yang Mi beli, banyak jenis kecil dan ada sling sebab masa beli ni asik fikir nak beg yang kecik sebab nak pakai jalan-jalan. dari kiri Kate Spade, Gucci (gaji sebulan) Cath Kidston Mi tertarik dengan image kucing-kucing yang comel tuh... handbag leather Fossil harga murah ya ampun! dan wallet Fossil serta jam tangan Fossil juga (harga murah nak nangis).

yang bab kasut ni sedih sikit. taktau kenapa dok beli kasut sports je yang banyak. dari kiri kasut jenama FABRIC harga less than rm50, Nike air max, Adidas NMD, Timberland Loafers, sandal clarks, kasut but clarks, dan yang paling berjasa, black biker boots dibeli di MATALAN. yang tu harganya RM125.

Buku dan mekap Marks & Spencer. Ada yang Mi simpan, ada yang beri pada kawan sebagai hadiah. Paling mahal face scrub LUSH tu. dalam RM60 lebih. LUSH memang organic dan famous kat sana. Tak ada jual kat Malaysia lagi kalau nak beli pun kene order personal shopper.

Ni minyak rambut dan makeup remover and shower gel yang beli di Tesco. Saja-saja beli nak try.


Ni yang paling dirindu. Senang tau nak berdiet kat sana coz makanan dorang banyak yang untuk diet tu jual murah je.



Ok sekian entry menunjuk ini. Roughly Mi habis dalam RM7K untuk shopping expenses kat sana..tu pun yang paling mahal hanya sebuah beg dah take up 70% daripada RM7k tuh. Campur dengan kos yang lain-lain, all in including flight tickets ada dalam RM13k camtu.

ok la tu kan. shopping 7k, others 6k. Boss Mi pun cakap murah gila Mi pergi bercuti. Terer kan kami?? Nak bercuti tempat-tempat camni buat apa ambil tour guide or ikut Tour Package. Lebih baik pergi sendiri sebab dorang cakap bahasa Inggeris yang kita boleh faham dan tutur. Bukan bahasa asing. So kalau rajin bertanya, rajin buat research dan yang penting ada confidence yang tinggi memang boleh pergi sendiri. Lebih jimat wang!!!!

No comments:

Post a Comment

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...