Tuesday 6 February 2018

LONDON FINALE!

DAY NINE - LONDON (BUCKINGHAM PALACE, BIG BEN, DIANA'S MEMORIAL PARK, TRAFALGAR SQUARE, HARRODS, HYDE PARK, HARD ROCK LONDON)

Day nine, kami dah mula berjalan-jalan kota London dan utilize Oyster card kami. destinasi pertama ialah pergi ke Buckingham Palace untuk tengok changing of guards. Untuk ke Buckingham kami melalui Diana's memorial park yang ada pokok-pokok dan tumbuhan bunga-bunga cantik sahaja. Setelah tonton changing of guards kami pun bergerak ke Trafalgar Square. Cuaca waktu ni sejuk yang amat. Kami light snack dekat McDonalds and then bergambar kat Trafalgar Square, kemudian masuk ke National Gallery to see some ancient paintings. Entrance free.

Kemudia kawan Mi nak bershopping lagi so kami pun bawa la dia ke Harrods. Kami takda benda nak shopping kat Harrods tu, so kami pun berewang-rewang je la membuang masa. Tangkap gambar makanan yang dijual dalam food court Harrods tu pun menarik juga. Ada Mi share di bawah. Mi cuma beli chocolate untuk mama je tu pun harganya rasa nak nangis sebab mahal mengarut.

Setelah sejam lebih kawan Mi bershopping di Harrods, kami pun bergerak ke Hard Rock London. Mi beli satu sweater warna Merah sebab dah jadi Hard Rock Sweater collector kan..hahaha. And then kami bergerak pulang sebab dah penat sangat.

We love you Princess Diana!



Cantik kan I capture photo ni....I tak buat watermark sebab tak suka rosakkan gambar... so kalau U curi I tak Halalkan ya...kalau nak gambar ni minta je la di ruangan komen..hehehe

Trafalgar Square...ni kali ke 7 bergambar disini

Dalam National Gallery...entrance fee: Free atau derma seikhlas hati

Nampak tak... setiap hari macam ni ye... crowd yang datang untuk tengok changing of guards

Tangkap gambar aja mampu dehh

Rendang Harrods... nampak tu harga 100 gram... dalam RM24.00

 
Beli sweater di Hard Rock London pula...



Di bangunan berdekatan Imperial War Museum



DAY TEN - PORTOBELLO MARKET, NOTTING HILL BOOKSHOP, DAN SHOPPING MENGGILA DI WEMBLEY PARK, LONDON DESIGNER OUTLET

Untuk day ten, kami ke Portobello Market untuk experience sendiri pasar minggu mereka. Best! Kalau kat Malaysia dan macam Flea market di Amcorp Mall. Cuma yang ni ada banyak jual buah-buah, sayur dan keju. Makanan pun banyak. 

Lepas dua jam merewang di Portobello di pagi hari, kami pun singgah di Notting Hill Bookshop. Tempat penggambaran filem romantik Notting Hill starring Julia Roberts dan Hugh Grant. Fefeeling Julia Roberts gakla time tu. Mi beli beberapa buah buku untuk diri sendiri dan juga hadiah untuk papa. Mi belikan papa buku quotes Sir Winston Churchill.

Setelah tu kami bergerak ke Wembley Park untuk ke London Designer Outlet pula. Outlet ni tak sehebat Bicester. Tapi mereka yang malas nak jauh-jauh pergi Bicester cuma shopping disini aja. Barang-barangnya not bad tapi Mi tak berapa minat sangat. Kat sini Mi borong Nike Air Max, Adidas NMD warna merah yang mengundang iri hati ramai orang...hahaha tu mereka tak tau lagi harga murah camana..kalau tau lagi dorang sakit hati dengan Mi... and then shopping pakaian dalam dan tuala mama di Marks & Spencer outlet. Harga lebih murah kalau beli di outlet berbanding di butik.

Mi juga rembat sweater di Superdry. Takla minat sangat Superdry ni tapi bila tau harganya kat Malaysia memang cekik darah putus urat, maka Mi pun beli juga. Setelah shopping sakan kami pun pulang ke rumah untuk berehat.
Makan churros di Pasar Portobello

Porcelain dolls nya cantik betul tapi tak berani nak beli sebab saya kadang-kadang percaya benda mistik mengarut tu juga bila bab-bab yang begini

Buku ensiklopedia zaman dulu pun selamba dijual disini

Penggemar kamera antik bole jadi mereng disini

Churros nya sedap tapi agak keras

Suasana Portobello Market di waktu pagi

tengokla strawberries tu... gemok dan murah



paling menarik broccoli purple tuh
Nak cari Hugh Grant tapi dia dah kahwin dengan Julia Roberts
Menyampah tak tengok blogpost London saya nih..it's all about shopping man! hahaha



DAY ELEVEN - JALAN-JALAN KOTA LONDON - TOWER OF LONDON, BELI SOUVENIR MURAH DI BAYSWATER & EDGEWARE ROAD, LUNCH DI HYDE PARK & SHOPPING PENGHABISAN DI OXFORD STREET

Untuk hari yang ke eleven, kami berjalan-jalan ke area Tower Bridge untuk bergambar dengan Tower Bridge. Cuaca da start asik nak hujan pada waktu ni. Nasib baik kami memang keluar awal so dapatla sikit matahari untuk bergambar. Cuaca waktu ni dah mula sejuk gila. lebih sejuk dari waktu kami sampai.

Bergambar di area Tower Bridge ni dah macam tradisi. Dari zaman bercuti dengan keluarga lagi. So Mi memang taknak lepaskan peluang juga kalini. Kami juga shopping souvenir dan tempat murah untuk beli barang-barang macam Tshirt, keychain, fridge magnet dan replika-replika adalah di area Bayswater. Masa turun kat sini memang kiri kanan depan belakang terjumpa orang Malaysia.

Kami makan lunch nasi goreng yang Mi masak pada waktu malam semalam. Kami picnic dia Hyde park. syok juga makan camtu. Bila time sejuk dan lapar semua pun jadi sedap. Lepas da selesai berjalan-jalan, kami ke Oxford untuk shopping penghabisan. Dekat deretan Oxford tu ada Primark, Matalan, Top Shop, Miss Selfridge, Furla, Sports Direct dan JD Sports serta banyak lagi butik-butik apa brand semua ada. Jual kasut sports branded pada harga gila sampai naik gila. Arghhh sambil tulis entry ni pun otak naik mereng teringatkan barang-barang kat sana. Sebab cantik-cantik dan ada saiz. Ralat sungguh kalau tak beli kesemuanya yang terpikat di hati.

seberang London yang banyak bangunan moden

suhu dah semakin sejuk waktu kami nak pulang

Tak nampak pula tempat ni lapan tahun yang lalu...atau mungkin tak perasan kot
Caramelised peanuts & almonds yang dijual di tepi bridge akhirnya menjadi makanan burung sebab peanuts nya lebih dari almond



DAY TWELVE - LAST DAY IN LONDON - FAREWELL I WILL MISS U SO BADLY

The day has  finally arrived... arghh sedihnya... our last day...sobs...
Hmm...harini no pressure sangat sebab itinerary dah finish...so aktiviti bebas sebelum kami bergerak ke Heathrow airport untuk naik flight kami pulang ke Malaysia pada waktu malam. Pagi tu jam 9.30 kami jalan kaki ke kedai catalogue UK yang famous iaitu Argos untuk beli cabin bag. Yup....barang kami memang tak muat beg. Kilo tak exceed tapi barang tak muat coz terlalu banyak kasut dan baju baru yang dibeli. Barang-barang camtu yang makan space beg kami. 

After dah beli beg, kami continue shopping chocolates pulak dekat Waitrose and Tesco Express. Chocolates memang terlalu murah kat sini. Setelah puas beli apa yang patut kami pun pulang ke rumah Jen untuk sambung packing barang. Kami call uber je untuk pick us up kat rumah untuk ke airport sebab beg terlalu banyak. Kami request uber van...sorang RM50 untuk kami 4 orang. Oleh kerana terdesak sebab memang dah tak tau macam mana cara nak tarik beg tu ke train station..memang uber je la pilihan yag ada. Kami sampai airport dalam jam 4 petang camtu. Flight kami pula 10 malam. Kami sengaja pergi airport awal sebab nak settle urusan VAT di airport. Tambah lagi dengan beg yang nak kena check in bukan main banyak...kami risau juga exceed kilo. Kawan Mi siap exceed berkilo-kilo namun dia terlepas, mungkin kerana orang airport tu malas nak ambil port. 

Di dapur ni la Mi memasak semua juadah juadah Malaysia... hehehe
Alley way yang panas sebab kami on heater nak keringkan baju juga... hehehe. Living room tak ada sebab rumah ni konsep bilik-bilik...so bilik yang meant to be a living room pun dah ubah jadi bilik. So ada 3 bilik all same size, two bathroom and one kitchen.

My room at Jen's place..byebye gonna miss you room..
 

Last luxury meal at Heathrow Airport... Mi makan Lobster Mac & Cheese... sedap!
Dekat airport sementara tunggu flight, kami dinner kat restaurant dalam airport je. Masa ni dah tak risau nak makan mahal, sebab dah nak balik kan. Mi pun order Lobster Mac & Cheese yang sungguh lazat sekali. Kat airport tu dah mula timbul perasaan sayu sebab cuti dah berakhir. Tak tau la kenapa hati ni selalu sedih teramat bila kene tinggalkan London. Mi suka sangat London ni kalau lah dapat jadi rakyat Britain dan menatap di London. Muahahahaha.

Ok...maka tamatlah entry untuk percutian di sana. Punyala lama baru Mi ada masa nak ceritakan semua. Memang pengalaman kali ni paling tak dapat dilupakan dan Mi memasang angan-angan lagi untuk kesana sebagai seorang personal shopper pula. Insyaallah....amin.


No comments:

Post a Comment

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...