Thursday 30 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 7

Day 7: Nami Island, Petite France, Itaewon Mosque & Street

Nami Island


Posing di hadapan gerbang masuk ke Nami




Hari ke 7, kami mengorak langkah ke Nami Island pula, destinasi paling wajib sekiranya anda bercuti di Korea. Kami keluar dari hostel seawal jam 7 pagi, kemudian menaiki train dari Chungmuro Station ke Dongdaemun History & Culture Park Station.

Dari Dongdaemun History & Culture Park Station, kami tukar kepada LINE 2 dan naik train lain ke Wangsimni Station. Dari Wangsimni kami beli ticket KTX ke Gapyeong Station. Perjalanan memakan masa dalam sejam.

Actually kami tak perlu pun naik KTX tu sebab tambang KTX lebih mahal sikit, tapi sebab kami betul-betul confuse masa tu so kami malas nak fikir terus naik KTX sahaja. Dari Gapyeong Station, kami naik cab terus ke jetty untuk naik ferry ke Nami Island.

Untuk mereka yang taknak naik KTX, just nak naik train biasa boleh ikut instructions as follows:
  1. From Chungmuro Station to go to Dongdaemun History & Culture Park Station.
  2. When arriving at Dongdaemun History & Culture Park Station, change to LINE 2 and take the train heading towards Sindang Station to get to Wangsimni Station.
  3. When arriving at Wangsimni Station, change to JUNGANG LINE and take the train heading towards Cheong-nyangni to get to Mangu Station.
  4. When arriving at Mangu Station, change to KYEONGCHUN LINE and take the train heading towards Galmae Station to get to Gapyeong Station, which is your destination.

Tapi pesan siap-siap la... memang jimat wang tapi tak berapa jimat masa...coz nak tukar-tukar train tu ambil masa...LINE mereka jauh-jauh dan banyak tangga untuk didaki... lebih senang naik KTX.

Sampai di Jetty, kami pun bayar tiket masuk ke Nami (tiket termasuk tambang ferry). Mashaallah, memang indah permandangan di Nami Island ni. Walaupun time kami pergi winter pokoknya botak dan tumbuhan kebanyakkannya tak berapa menghijau, namun ia tetap indah. Kami pun apalagi bergambar sakan la. Dekat Nami ni memang tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kalau tak ada festival apa-apa. Just nikmati permandangan, tanaman, landskap dan bergambar je lah.

Nami ni start famous selepas K-Drama yang meletup tu, Winter Sonata. Setiap tahun memang berjuta-juta pengunjung yang datang untuk melihat kecantikan pulau ini. Kalau yang dah pernah pergi Korea pun akan pergi lagi untuk menikmati keindahan 4 musim di sini. Dorang kata, time summer dan autumn tempat ni jadi cantik. Tapi kami pergi time winter pun lawa gila kot.

Nami Island ni famous juga dengan nasi goncangnya. So kami tak melepaskan peluang untuk merasa keenakannya. Enak ke? Rasanya macam nasi goreng kimchi dan telur. Tapi enjoyla goncang-goncang nasi tu sebelum makan... walaupun dalam minda ni...teringat sambal hitam kat hostel. Hahahahaha.


satu sudut di Nami

cuba cari mana rabbit

patung ni 18sx sikit

pokok botak dah

air pancut pun dah jadi ice. sejuk sangat

Winter Sonata wall

nasi goncang

Kami order nasi goncang dan kimchi pancake



Petit France


Setelah puas berjalan di Nami hampir 3 jam, kami pun meneruskan perjalanan ke Petit France. Untuk ke Petit France, kami cuma naik cab. Jaraknya boleh tahan la jauh sebab kami kena dalam RM35 jugak tambang. Tapi kami malas nak tunggu bus shuttle yang ada timing, so nak senang naik je la cab.

Petit France ni merupakan sebuah theme park yang berunsurkan Perancis klasik. Ada banyak rumah-rumah kecil yang dibina atas bukit. (ala lebih kurang macam Bukit Tinggi tu la). Dalam rumah-rumah kecil ni, dorang banyak display barang-barang antik berunsurkan Perancis klasik. Decor-decor dalam rumah serta perhiasan. Kalau anda peminat K-Drama, Petit France ni banyak digunakan sebagai lokasi penggambaran. Rancangan Running man, Drama My Love From The Star, Secret Garden, Beethoven Virus dirakamkan di lokasi ini.

Suasananya memang best untuk bergambar and duduk-duduk sambil minum coffee. Kami tak lama pun kat Petit France ni. Dalam sejam labih je lepas tu kami terus naik cab semula untuk ke Gapyeong Station untuk pulang.

Fefeeling kat Paris

Suasana Petit France


Address:
Petite France
1063, Hoban-ro, Cheongpyeong-myeon, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do
경기도 가평군 청평면 호반로 1063
Phone: +82-31-584-8200
Operating Hours: 09:00-18:00 (Last admission: 1 hour before closing.)



Seoul Central Mosque dan Itaewon Street 

Dari Gapyeong kami menaiki KTX sampai Wangsimni dan tukar balik ke line train biasa. kemudian kami singgah ke Itaewon untuk melihat sendiri keindahan masjid Seoul. Semasa sampai di Itaewon, terasa lebih homely, sebab ramai betul orang Malaysia kat sini. Rasanya ramai kot tourist Malaysia yang menginap di area ni, sebab banyak restoran makanan halal. 

Menurut Wikipedia, kebanyakan foreigners yang berhijrah ke Seoul tinggal di Itaewon. Oleh kerana ramai yang tinggal disini, maka restoran-restoran makanan dari Pakistan, Turkey, Thailand, Germany, Spain, Italy, England, France dan Mexico banyak terdapat di kawasan ni. Termasuk la juga makanan Malaysia. Jangan tak tau, ada restoran yang bernama "Siti Sarah" kat sini. Tourists yang beragama Islam memang suka datang ke sini bukan sahaja kerana terdapat banyak restoran Halal, malah kerana ada masjid dan juga kelas agama.

Mi sempat baca sejarah Masjid Seoul ni di wikipedia dan ini yang dapat Mi fahami.....Seoul Central Mosque ini dibina pada tahun 1976 oleh Korean Muslim Federation, setelah diberikan tanah oleh presiden Korea pada masa itu (Park Chung-Hee). Masjid ini dibina sebagai tanda penerimaan Korea terhadap agama Islam. Masjid ini juga tanda persahabatan mereka dengan negara-negara Timur Tengah pada masa itu. Kerajaan Arab Saudi serta beberapa negara Timur Tengah juga telah menyalurkan wang bagi pembinaan masjid ini.

Dalam setahun selepas Masjid itu siap dibina, bilangan penduduk Korea telah bertambah dari kurang 3 ribu kepada lebih 15 ribu orang. Bilangan itu makin bertambah dengah penghijrahan orang Pakistan, Bangladesh dan Indonesia pada awal 1990an. Sehingga hari ini, terdapat lebih kurang Seratus Ribu umat Islam di Korea.
(35 ke 40 ribu adalah rakyat Korea yang memasuki agama Islam.) Semenjak terbinanya Masjid Seoul ini,  beberapa buah masjid lain turut terbina di Korea. Pada tahun 2007, sewaktu krisis tebusan rakyat South Korea di Afghanistan, masjid ini telah menjadi target oleh penunjuk perasaan anti-islam dari Christian Group, dengan ancaman pengeboman, sehinggakan polis-polis terpaksa mengawal masjid untuk mengelakkan kecederaan bagi mereka yang sedang beribadat.

Sewaktu melihat masjid ni, hati terasa sayu plak tetibe. Teringat pulak kat my mom and dad di Malaysia. Takpe tak lama lagi nak balik Malaysia dah pujuk hati ni. hahahahhaha.

Setelah melawat masjid, kami pun pusing-pusing area Itaewon untuk cari restoran makanan Korea yang halal. Kami teringin nak makan Jjangmyeon, sejenis mi kacang hitam yang nampak lazat so nak try la versi Halal. Pusing punya pusing memang tak jumpa. Kami dah start putus asa so pergi restoran Siti Sarah je. Sekali tengok restoran Siti Sarah ni cuma banyak makanan Indonesia dan Arab. Kami ingat nak makan sup ayam ginseng "Samyetang" yang halal.... so kami pun bangun la nak keluar dari restoran tu. Sekali owner restoran tu, seorang lelaki berbangsa Egypt terus cakap kat kami... "Sister...go to Haji. Haji restaurant serve halal Samyetang" katanya siap bersungguh-sungguh nak tunjuk jalan. Kami pun cakap ok kami pergi sana, tak payah tunjuk jalan coz kami dah nampak dah restoran tu kat mana tadi. 

Kami pun berjalan ke Haji. Kat restoran ni tukang masaknya wanita mualaf Korea. Cantik akak ni. Peramah dan friendly gila walaupun englishnya terhad namun dia pandai jugak cakap melayu dua tiga bahasa....siap panggil kami sayang lagi.

Kami pun order la Samyetang dan bulgogi. Masa ni la nak bantai ayam dan daging sepuas hati sebab halal kan. Dalam restoran tu cuma ada kami berdua dan dua orang hijabista comel dari Indonesia. Dorang dok bersembang tak henti dengan akak tu sambil dorang makan. Rupanya dorang pandai cakap Korea. Kami pun apa lagi menyelit la sebab budak-budak ni pun peramah dengan kami. So kami dapat berkomunikasi dengan kakak tu since budak-budak Indonesia ni dapat terjemahkan soalan kami.

Soalan pertama terpacul dari mulut my bestfriend Faiz ialah... "tolong tanya kan...ada Jjangmyeon tak kat sini?" Hijabista tu pun tolong la tanyakan kat akak tu. Terus akak tu muka terkejut dan geleng kepala pandang kami. "Harammmmmm" katanya.

Dia pun explain la panjang lebar.... katanya JJangmyeon tu memang takkan jumpa kat restoran halal. Selalunya ada jual dekat restoran cina di Korea. Ini adalah kerana Black Bean sauce yang digunakan untuk kuah Jjangmyeon tu mengandungi khinzir. "Memang susah nak buat Jjangmyeon yang halal kerana bahannya pun sudah haram" kata adik hijabista tu yang rajin bebeno tolong jadi translator untuk kami. "Memang boleh buat versi yang halal, contohnya guna daging halal, tapi rasanya tak akan sama seperti Jjangmyeon yang sebenar". Baru kami faham. Tengok orang Korea makan Jjangmyeon dalam rancangan Running Man dan Super Man memang bikin terliur... Nampaknya memang kami kene lupakan je la hajat di hati nak merasa benda tu.

Sembang punya sembang makanan kami pun siap. Akak ni memang masak sedap. Sup ginseng pun boleh jadi sedap. Bulgoginya pun manis nice-nice gitu. Kami melantak tak hengat. Setelah kenyang makan kami berborak lagi berjam-jam dengan gadis-gadis hijabista Indonesia dan kakak tu jugak yang mereka panggil Onni. (kakak dalam bahasa Korea). Sekali dah sembang baru kami tergelak-gelak sebab dapat tahu lelaki Egypt yang kat restoran Siti Sarah tadi tu suami dia. Padanla beriya sungguh suruh kami makan kat restoran ni. Restoran bini dia rupanya. muahahahahahaa. Nasib baik sedap.

Onni tu cakap dia baru dua tahun kahwin dan masuk Islam. Dia kata, ramai perempuan Korea yang bercinta dengan orang Islam kat sini, tapi ramai yang takut nak kahwin dengan lelaki Islam. Sebab Islam membenarkan Poligami dan mereka paling takut dengan perkara itu. Hmm.... dahsyat jugak. Onni jugak bagi satu tips pada kami yang dianggap sangat berharga dan Mi nak kongsi dengan semua. Katanya, bila shopping pakaian, carilah yang buatan Korea dan berkualiti. Sekarang ni, banyak yang dijual di Korea dibuat di China. Tagging tu je cakap made in Korea tapi sebenarnya tidak. Baju-baju dari China kualitinya rendah. Jangan tertipu dengan harga katanya.

Setelah itu, kami pun bersalam dan berpelukan dengan Onni serta hijabista Indonesia dan kami bergerak untuk pulang ke hostel.









No comments:

Post a Comment

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...