Tuesday, 10 October 2017

PARIS & UK Vacation 2017

London 2009

Hi again... harini Mi akan berlepas ke London setelah sekian lama. Kali terakhir Mi bercuti di London adalah pada musim panas tahun 2009. Apa agaknya yang dah berubah dalam masa 8 tahun tu kan....
Mesti lah macam-macam perubahannya. 

Kali ni percutian ni lebih mencabar sebab tak pergi dengan family. Dari kecil memang kalau ke London dengan keluarga je. Oh ya.... ini merupakan kali ke 6 mi pergi London sepanjang umur ni 36 tahun. (cehh siap kira tu)
Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi sebab seronok dan tak pernah jemu jalan-jalan di London ni.
Tapi banyak lagi negara yang Mi belum pernah pergi...contohnya macam Russia, India, China, Italy, Istanbul..

Dunia ni besar betul kalau semua negara nak pergi memang mustahil. Di Amerika Syarikat pun Mi cuma pernah pergi bahagian California je.. Los Angeles dan Las Vegas. Walaupun dah ke USA sampai 3 kali...namun disitu je kami pergi...dan tempat-tempat macam Disneyland dan Universal Studios tu yang kami kerap pergi sebab masa tu adik-adik masih kecil.
Teringin juga nak pergi USA lagi... pergi New York ke.. Texas ke... hmmm..

Antara negara yang Mi pernah pergi:
USA - Los Angeles & Las Vegas
UK - London, Stratford, Liverpool, Ireland
Germany
Hong Kong
South Korea - Seoul
Japan - Tokyo
Philippines - Manila
Thailand - Krabi
Indonesia - Bandung & Bali
Singapore 

Next year... targetnya nak pergi Perth, Australia insyaallah. Kalau pergi..tu memang first time la i pergi sana....huhuhu

So flight Mi malam ni...doakan Mi selamat sampai ya..
Kami sampai kat London nanti jalan-jalan dulu kejap, esok naik Eurostar ke Paris....kat Paris dua hari and then balik ke London.... Esok tu kami dah start journey ke perkampungan England. Kami akan pergi Clarks Village, Bath, Stratford Upon Avon tempat kelahiran Shakespeare, pastu kami pergi Bicester Village sebab kami memang typical Malaysian hahahaha...pastu kami akan berpusing-pusing melihat keindahan alam...nak pegi tengok Stonehenge yang famous tu... pastu nak tengok Blenheim Palace dan juga beberapa istana-istana zaman dahulu kala yang cantik-cantik bak castle-castle dalam cerita Cinderella mahupun Shrek...
kemudian... kami akan balik ke London dan pulangkan kereta.. 
dan continue pusing dalam London selama 5 hari lagi dengan menaiki train dan bas.

Dulu...zaman jahiliyah...tak ada blog untuk berkongsi pengalaman dan cerita. Tapi Mi tetap record percutian Mi dalam bentuk scrap book... siap tampal daun yang kutip kat setiap lokasi tuuuu..hahaha
nanti Mi akan share scrap book yang Mi buat sewaktu bercuti kat London tahun 2009 dulu. Siap ada gula sachet starbucks lagi tu. Memang vintage bak ang.... yang gambar bawah ni lagi la vintage..hahaha

Mi and Papa 1984 - Germany

2017 we will drive up to Shakespeare's England

Mi in 2009... Underground Station London




Ok see you soon! when I get back I will post everything about the vacation....insyaallah.
























Tuesday, 9 May 2017

SHORTVACAY TO PADANG BESAR THROUGH ETS

Last weekend Mi pergi bercuti ke Perlis bersama kawan dan keluarganya. Seronok nak type story ni sebab first time naik train ETS. Seumur hidup di Malaysia ni, ini lah kali pertamanya saya menaiki ETS..hahaha.

Mi telah beli tiket di kaunter KTM di KL Sentral seminggu sebelum perjalanan. Tiket untuk perjalanan sehala ke Padang Besar berharga RM102.00. So total pergi balik ialah RM204.00. Train berlepas jam 8 pagi dan kami turun di stesen Arau pada jam 1.30 petang. Sepatutnya kami turun di Padang Besar, tapi oleh kerana kami dah booking hotel Seri Malaysia Kangar, abang yang menyewakan kereta pada kami tu cakap better turun di stesen Arau since Padang Besar tu lagi jauh nak balik hotel and ambil kereta.

 Sedikit description dalam Train ETS
 Ok..sebagai seorang manusia yang jakun dan baru first time naik ETS, Mi akan ceritakan pengalaman Mi. Memang syok naik ETS ni sebab laju beno... selesa dan sejukkk je aircond dia. Dalam ETS ni ada toilet and cafe semua. Even pekerja dalam ETS tu pun dipanggil Peramugara dan Peramugari. Hihihi. Semasa naik train ni...Mi terbayang jugak cerita Train to Busan tu..... Huish....macam mana la kalau satu Train ni penuh Zombie...memang tak sampai sesaat je Mi dah kene gigit. Sempit jugak alleyway between seats. Toilet nya pulak, sebijik macam toilet kapal terbang, cuma luas sikit je. Lepas tu ada pancur air... dalam train Mi sempat menikmati nasi lemak cabin nya yang rasanya tak kurang lazat. Sebiji macam nasi lemak dalam flight Air Asia... hehe..fefeeling pulak naik flight Air Asia padahal dalam ETS je. Nasi lemak tu dijual sekali dengan Air panas (milo/teh tarik) RM9. Ok lah tu kan.... Makanan yang dorang bagi FREE is biskut-biskut dan air milo kotak kecil. Hebat lagi dari naik Malindo Air yang cuma dapat biskut tawar dan air kosong kan..hehehehe. Dalam train ada electric socket plug bawah kerusi...so senang la nak charge handphone ke..power bank ke... seat pula bole recline sampai posisi baring suku. TV nya kecil je tapi ada la dipasang movie yang latest latest. Kalau taknak tidur, boleh je layan movie tu.
Lagi best kalau you olls bawak bantal leher dan selimut or shawl. selesa sikit la sekiranya perjalanan tu jauh and nak nap-nap sikit.
Overall Mi bagi train ride ni 8/10. Mi bangga negara kita ada train macam ni.

Abang sewa kereta tu pun sampai di stesen jam 1.30 petang seperti dijanjikan. Kami menyewa kereta Proton Persona pada harga RM120 sehari...(not bad la kan). Perjalanan dari stesen Arau ke hotel Seri Malaysia memakan masa dalam 13 minit.

Sesampainya di hotel, kami terus check in, rehat-rehat dan terus bertolak untuk makan tengahari di rumah bestfriend adik kepada kawan Mi. Dia jemput makan nasi Arab jadi kami pun datang la makan. Memang sedap sungguh Nasi Arab dia. selain Nasi Arab kami juga dijamu mangga berbiji-biji manis, lemak dan sedap.  Selain tu, mereka turut beri tips tentang mangga yang dijual, contohnya Harumanis belum musim lagi...so kebanyakan yang dijual bukan betul punya just acah-acah harumanis. Kalau beli mangga Tong Dam pulak sekilo RM8 jangan lebih.... memang bagus tips yang diberikan.

Setelah kenyang kami pun bertolak ke Padang Besar untuk membeli belah. Perjalanan ke Padang Besar adalah dalam setengah jam. Sesampai disana, Mi pun terus mencari barang-barang yang nak dibeli dan dipesan suruh beli. Antaranya, kaftan, blouse, paste kari Hijau Thai, Paste Tomyam, dan Periuk kukus.

Dah habis shopping kami pun bergerak pulang. Padang Besar ni bukanya pada jam 10 pagi..tutup pula dalam jam 6-7 petang. Selain kedai-kedai yang jual barang, ada juga kedai yang jual makanan. So kalau nak dinner kat sini pun boleh...ada macam-macam gerai tomyam, somtam and semua jenis makanan Thai.

Sampai di hotel, kami berehat dan keluar pula tapau makanan di gerai makanan Laut Kuala Perlis.
Kami tapau nasi goreng, sotong goreng celup tepung dan udang butter. Kat sini you alls nak makan Belangkas pun ada..macam-macam seafood ada kat sini harga memang murah dari kalau makan di KL.

Keesokan harinya selepas kawan Mi bawa anak buah kecil dia bermandi manda di Pool, kami pun checkout dan makan tengahari di Laksa Kak Su. Laksa dimakan bersama pulut udang memang perghhhh..memukau jiwa. Setelah lunch kami pun gerak pergi cari buah mangga Harumanis untuk dibawa pulang ke KL. sepanjang deretan memang penuh gerai mangga. Kami pun berhenti di beberapa kedai untuk membeli Harumanis tipu dan juga Tong Dam. Berkotak kotak jugalah kami godam si Tong Dam tu.

Setelah selesai kami pun ke stesen Arau dan pulangkan kereta pada abang sewa kereta tu. Kami menaiki train pada jam 2 ptg dan sampai ke KL Sentral dalam jam 7 ptg.

Overall, trip ni memang satu pengalaman manis semanis harumanis yang jugak tidak dapat dilupakan. Walaupun cuma satu hari memang seronok. Next time kalau ada cuti lagi....nak juga naik ETS berjalan jalan di utara lagi.





Wednesday, 12 April 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 9

Day 9: Namdaemun Market & Cheonggyecheon Stream

One last day to spend....

What would you do on your last day of a long holiday when you have completed the whole itinerary?

In my case, I spent it on souvenir shopping and extra sightseeing! Mi keluar hostel tak berapa awal on the last day sebab itinerary tak begitu packed. Kami terus ke Namdaemun untuk beli segala souvenir yang terbuku di hati. T-shirt I Love Korea, keychains, fridge magnets, nail clippers, shawls, baby pajamas (such a wonderful array of Korean design sleeping clothes genuinely made in Korea), more facial masks and even kitchen aprons! Kalau shopping fanatics memang dah beli kain sutera Korea, alas meja dan quilt tapi Mi tak sampai to that extreme la...

Setelah memborong ala-ala dah tak cukup tangan nak mengangkut, baru la kami patah balik ke Hostel dan simpan barang-barang serta makan lunch terakhir kami kat sini. Segala yang kami bawa ke sana, semuanya habis! Memang untung kalau melancong ke Korea ni bawa bekal makanan sendiri dari Malaysia sebab jimat duit sungguh. Banyak balance won kami yang dibawa pulang ke Malaysia gara-gara makan masak sendiri ni. Mi memang rekemen kat semua la idea bernas ni...samada rajin atau tidak sahaja. Tapi orang yang rajin memang tak akan pernah rugi.

Sightseeing kami yang terakhir ialah melawat Cheonggyecheon Stream lewat petang. Stream ni memang natural dan terpanjang di Seoul. Pada zaman dahulu kala ada banyak penempatan setinggan dia sepanjang sungai ni. Rakyat Korea yang berhijrah dari pedalaman ke kota Seoul untuk mencari rezeki selepas perang antara Korea Utara dan Korea Selatan semuanya membina rumah mereka disini kerana sungai Cheonggyecheon. Namun apabila negara mereka makin membangun ramai yang sudah berpindah dan yang tinggal hanya golongan miskin disitu. Apabila pemindahan penduduk dilakukan sungai itu kotor dan tercemar kerana terbiar. Kerajaan Korea Selatan telah menjalankan satu usaha untuk membaik pulih sungai itu untuk menjadikannya satu landskap cantik ditengah kota. Sungai itu dijaga rapi dan kembali bersih. Jambatan juga turut didirikan dan kini Cheonggyecheon Stream wujud sebagai salah satu daya tarikan di Seoul. Sungai ni bukti bahawa sesuatu yang dah buruk sebenarnya boleh sahaja diselamatkan dan dicantikkan hingga menjadi tarikan. Kan best kalau sungai Klang tu dorang buat macam ni. Tapi kenapa ek....takda inisiatif sungguh negara kita ni.

Kalau ada musim atau pesta sungai ni memang meriah sebab ada pertunjukan atau fiesta. Tapi time kami disana tak ada apa yang sedang berlangsung so sunyi je la. Ada la beberapa tourists juga yang datang untuk mengabadikan kenangan.

Masa di Sungai tu Mi pun feeling-feeling sendirian. Antara sedih dan excited. Sedih sebab percutian dah berakhir dan excited sebab nak makan masak lemak cili api. Perasaan tu bercampur baur. Betul la orang cakap, Hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Memang Mi rindu sangat kat Malaysia dan tak akan pernah terdetik walau sesaat pun nak ajet-ajet jadi orang Korea or jadi pemastautin tetap kat sini. Semaju-maju Korea dan semundur-mundur Malaysia, tanahair sendiri la yang paling disayangi dan tak mungkin dapat diganti di hati.

Cewah. Sekian sahaja hujah patriotisme ini... lepas kami dah puas bergambar kat sungai tu, kami pun buat last stop ke Myeongdong lagi! hahahaha... giler la....3 kali pergi Myeongdong tu. Last sekali kami try ice cream panjang yang tak berapa nak sedap tu dan beli lagi beberapa items untuk diri sendiri. Yelah...dari day one asik beli souvenir je sampai lupa diri sendiri satu hapa pun tak beli. Mi beli handbag harga RM35 je dan dua helai blouse. Lepas tu kami balik hostel, kemas-kemas beg dan tidur awal sebab nak keluar pagi dari hostel untuk naik Airport Bus ke Incheon Airport.

Lampu indah di Cheonggyecheon Stream

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 8

Day 8: Hard Rock SEOUL, Songpa naru Park, Yang Good BBQ HALAL, Gangnam Square

The recent Hard Rock T-shirt Collector
Hari ke 8, kami memilih untuk buat aktiviti rileks-rileks sikit. Mi nak pergi Hard Rock Cafe sebab nak beli sehelai baju. Mi memang kumpul baju Hard Rock kalau melawat setiap negara. Hobi membangkrapkan diri ni dah bermula dari 6 tahun yang lalu, waktu Mi pertama kali pejam mata dan beli baju di Hard Rock Penang. Bermula dari situ, setiap negara yang Mi pergi pasti nak beli at least sehelai baju Hard Rock. Setakat ni cuma ada Hard Rock Penang dan Hard Rock Bali je sebab tak sempat nak pergi banyak negara selepas wujud hobi ni...so kali ni nak beli T-shirt Hard Rock Seoul.

Hard Rock Cafe Seoul terletak di dalam Lotte World Mall di Songpa-gu, Seoul, South Korea. Kalau tak silap, ia berada di tingkat paling atas. Hard Rock Seoul ni sama la macam di KL jugak, ada restaurant dan live band semua, tapi kami tak pergi makan pun kat situ, cuma singgah untuk beli T-Shirt dan bergambar je.

Lotte World Mall ni kalau di Malaysia da sama macam KLCC, Pavilion dan Lot 10. Kedai-kedai designers seperti Louis Vuitton, Prada, Burberry, Ferragamo smua bersepah sepah dalam ni. Malah lebih dasat lagi dari Malaysia sebab dorang ada butik Hermes jugak. Orang kat sana shopping Birkin Bag macam beli handbag Bonia je kat sini. Dekat mall ni Mi banyak cuci mata jela...

Setelah sejam setengah kat mall, kami pun keluar untuk cari Songpa naru Park. Songpa naru Park ni tak jauh dari Lotte World Mall ni...kami cuma kena cross beberapa jalan raya besar je untuk kesana. Songpa naru Park ni terletak bersebelahan dengan Lotte World Theme Park. Mi memang dari awal da takde plan pun nak melawat theme park ni. Rasa diri ni dah tua untuk naik rides yang mencabar-cabar tu. So lebih baik takyah bazir duit untuk masuk kalau dah tau memang nanti takkan main apa apa pun.

Di Songpa Naru park ni ada tasik serta landskap menarik dan banyak pokok-pokok. Ada walking path dan jogging trail jugak. Ramai yang datang sini untuk jalan-jalan, exercise, jogging dan sebagainya. Permandangan kat sini pun photo-worthy. Kalau musim cherry blossom, park ni memang tersangat-sangat la cantiknya. Time yang Mi pergi ni pokok banyak masih botak, tasik separuh beku dan suasana sejuk dan kelabu.

Setelah berjalan dan bergambar kat Songpa Naru Park, kami pun meneruskan perjalanan ke area Yeoksam di Gangnam untuk makan LUNCHINNER (lunch + dinner) di Yang Good Korean BBQ Grill Restaurant. kami tibe awal sikit so dok tangkap gambar buat macam-macam aksi sebelum dapat masuk dalam restoran ini yang hanya dibuka pada jam 4 petang sampai malam. Mi dah siap tangkap gambar signbod depan restoran ni so korang boleh tengok sendiri range harga makanan. Kami memang da buat calculation da dari Malaysia tapi kami decide nak try juga makan kat restoran ni walaupun agak mahal. Ramai orang Malaysia yang kesana makan kat restoran ni, Termasuk la Mr Tall Dark and Handsome Khairy Jamaludin kita.


Yeoksam Station LINE 2 (EXIT6)

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_ch
Dekat sini dah boleh bajet-bajet da berapa nak habis duit

kami order cold noodle jugak. Sedap gila walaupun kuahnya tu berais-ais tapi sedap makan mi sup letak ais batu camtu. cuba la try wat bila makan mee sup nanti kat Malaysia..confirm tak sedap

Boneless Lamb kami yang sedang di grill
          
             ni Lamb skewers isi dia cenonet sikit tapi best lembut


Hmm.. setelah kenyang nak pengsan kami pun meneruskan perjalanan ke Gangnam Square. Kat sana kami tangkap-tangkap gambar sikit je pastu terus gerak balik hostel. Esok dah last day so nak kene start kemas-kemas barang sikit.


Thursday, 30 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 7

Day 7: Nami Island, Petite France, Itaewon Mosque & Street

Nami Island


Posing di hadapan gerbang masuk ke Nami




Hari ke 7, kami mengorak langkah ke Nami Island pula, destinasi paling wajib sekiranya anda bercuti di Korea. Kami keluar dari hostel seawal jam 7 pagi, kemudian menaiki train dari Chungmuro Station ke Dongdaemun History & Culture Park Station.

Dari Dongdaemun History & Culture Park Station, kami tukar kepada LINE 2 dan naik train lain ke Wangsimni Station. Dari Wangsimni kami beli ticket KTX ke Gapyeong Station. Perjalanan memakan masa dalam sejam.

Actually kami tak perlu pun naik KTX tu sebab tambang KTX lebih mahal sikit, tapi sebab kami betul-betul confuse masa tu so kami malas nak fikir terus naik KTX sahaja. Dari Gapyeong Station, kami naik cab terus ke jetty untuk naik ferry ke Nami Island.

Untuk mereka yang taknak naik KTX, just nak naik train biasa boleh ikut instructions as follows:
  1. From Chungmuro Station to go to Dongdaemun History & Culture Park Station.
  2. When arriving at Dongdaemun History & Culture Park Station, change to LINE 2 and take the train heading towards Sindang Station to get to Wangsimni Station.
  3. When arriving at Wangsimni Station, change to JUNGANG LINE and take the train heading towards Cheong-nyangni to get to Mangu Station.
  4. When arriving at Mangu Station, change to KYEONGCHUN LINE and take the train heading towards Galmae Station to get to Gapyeong Station, which is your destination.

Tapi pesan siap-siap la... memang jimat wang tapi tak berapa jimat masa...coz nak tukar-tukar train tu ambil masa...LINE mereka jauh-jauh dan banyak tangga untuk didaki... lebih senang naik KTX.

Sampai di Jetty, kami pun bayar tiket masuk ke Nami (tiket termasuk tambang ferry). Mashaallah, memang indah permandangan di Nami Island ni. Walaupun time kami pergi winter pokoknya botak dan tumbuhan kebanyakkannya tak berapa menghijau, namun ia tetap indah. Kami pun apalagi bergambar sakan la. Dekat Nami ni memang tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kalau tak ada festival apa-apa. Just nikmati permandangan, tanaman, landskap dan bergambar je lah.

Nami ni start famous selepas K-Drama yang meletup tu, Winter Sonata. Setiap tahun memang berjuta-juta pengunjung yang datang untuk melihat kecantikan pulau ini. Kalau yang dah pernah pergi Korea pun akan pergi lagi untuk menikmati keindahan 4 musim di sini. Dorang kata, time summer dan autumn tempat ni jadi cantik. Tapi kami pergi time winter pun lawa gila kot.

Nami Island ni famous juga dengan nasi goncangnya. So kami tak melepaskan peluang untuk merasa keenakannya. Enak ke? Rasanya macam nasi goreng kimchi dan telur. Tapi enjoyla goncang-goncang nasi tu sebelum makan... walaupun dalam minda ni...teringat sambal hitam kat hostel. Hahahahaha.


satu sudut di Nami

cuba cari mana rabbit

patung ni 18sx sikit

pokok botak dah

air pancut pun dah jadi ice. sejuk sangat

Winter Sonata wall

nasi goncang

Kami order nasi goncang dan kimchi pancake



Petit France


Setelah puas berjalan di Nami hampir 3 jam, kami pun meneruskan perjalanan ke Petit France. Untuk ke Petit France, kami cuma naik cab. Jaraknya boleh tahan la jauh sebab kami kena dalam RM35 jugak tambang. Tapi kami malas nak tunggu bus shuttle yang ada timing, so nak senang naik je la cab.

Petit France ni merupakan sebuah theme park yang berunsurkan Perancis klasik. Ada banyak rumah-rumah kecil yang dibina atas bukit. (ala lebih kurang macam Bukit Tinggi tu la). Dalam rumah-rumah kecil ni, dorang banyak display barang-barang antik berunsurkan Perancis klasik. Decor-decor dalam rumah serta perhiasan. Kalau anda peminat K-Drama, Petit France ni banyak digunakan sebagai lokasi penggambaran. Rancangan Running man, Drama My Love From The Star, Secret Garden, Beethoven Virus dirakamkan di lokasi ini.

Suasananya memang best untuk bergambar and duduk-duduk sambil minum coffee. Kami tak lama pun kat Petit France ni. Dalam sejam labih je lepas tu kami terus naik cab semula untuk ke Gapyeong Station untuk pulang.

Fefeeling kat Paris

Suasana Petit France


Address:
Petite France
1063, Hoban-ro, Cheongpyeong-myeon, Gapyeong-gun, Gyeonggi-do
경기도 가평군 청평면 호반로 1063
Phone: +82-31-584-8200
Operating Hours: 09:00-18:00 (Last admission: 1 hour before closing.)


Tuesday, 28 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 6

Day 6: VIVALDI SKI RESORT

Hari ke-6 demam dah mula kurang so kami meneruskan itinerary dengan lawatan ke Vivaldi Ski Resort. Boleh click Sini untuk information and booking. Actually ada banyak Ski Resort dekat Korea yang boleh anda lawati. Kami pilih Vivaldi Ski Resort ni sebab nampak lebih menarik, lebih famous, FREE bus ride dan senang nak pergi. Sebenarnya bus ride ni memang FREE tapi untuk orang yang nak pergi main ski tu je la. Kalau taknak main ski...sesaja nak melangut kat situ pun boleh..tapi buat penat je la naik bas sampai sejam lepas tu da sampai sana kene tunggu pukul 5.30pm baru ada bus nak balik ke myeongdong...nampak tak sia-sia disitu...hehehe....

Antara tempat ski lain yang best jugak yang berdekatan Seoul adalah Jisan Forest Resort (40 minit dari Gangnam), dan Phoenix Park (2 jam dari bandar Seoul) dan Yongpyong Resort yang juga merupakan paling besar (3 jam 30 minit dari bandar Seoul). Ketiga-tiga tempat ni mungkin juga ada  free shuttle tapi untuk kepastian pergi la ke website mereka.

Vivaldi Ski Park ni pulak dalam 1 jam dari Myeongdong. Kami ambil shuttle bus khas untuk pergi ke ski resort ni, bus tu berhenti betul-betul dekat depan Lotte Hotel / Lotte Mall. Kalau pergi ke website mereka, ada jadual waktu. Kat situ boleh plan nak pergi bila dan pukul berapa. Tapi tips Mi ialah gerak awal pagi untuk catch bus pertama mereka. Ini adalah kerana, lebih awal bergerak, lebih banyak time boleh spend kat tempat ski tu. Kami keluar hotel pukul 6.30am, naik train dari Chungmuro Station untuk ke Myeongdong dan jalan ke depan Lotte Hotel. Sewaktu kami sampai, dalam hampir pukul 7 pagi, bus dah pun tiba. Tak sampai beberapa minit, bus dah pun bergerak ke Vivaldi Ski Resort. Untuk ke Vivaldi ni, sebaiknya booking dulu in advance dekat website mereka atau mana-mana website yang offer shuttle bus service untuk ke resort tu. Sebab dorang ada checklist nama. Kalau bus tak penuh, mereka memang bagi masuk bus tu last minute. Tapi kalau penuh, mungkin anda tak dapat naik, ataupun mungkin anda kena berdiri sepanjang perjalanan. Penat tu nak berdiri sejam.

Oleh kerana awal pagi, jalan pun tak jem sampai masuk Highway. Sepanjang perjalanan ke Ski Resort ni...Mi nampak jalan makin bersalji dan tasik pun beku. Suasana kelam je sebab semakin sejuk namun permandangannya cukup indah dimata Mi.

Setibanya kami di Vivaldi Ski Park, kami terus turun dari bus dan berkumpul dekat tempat register untuk buat pembayaran. Kami bayar dalam 89,000 won untuk pakej Ski dan terima kupon untuk collect items ski tu. Harga pakej ni lengkap dengan baju, alatan ski dan basic training. Lepas pembayaran, bus driver pun buat announcement suruh kami semua tunggu dekat tempat register ni balik pukul 5.30pm. Sekiranya lambat, maka esok baru ada bus untuk pulang. So sebolehnya jangan lambat untuk elak ditinggal. 

Kami pun bergerak ke pelbagai kaunter untuk dapatkn alatan ski. Kaunter pertama kami serahkan kupon masuk. Kemudian kami ke kaunter ambil baju. Mereka bagi seluar ski dan jacket untuk ski. Kemudian kami ke kaunter untuk ambil kasut ski dan alatan. semua ni kena beratur...tapi orang Korea ni pergerakan mereka pantas. Jadi line tu walaupun panjang namun bergerak dengan cepat. Kalau terhegeh-hegeh memang mereka bolayan. Masa time ni memang dilemma sungguh. Sebab Kasut ski untuk Mi susah nak muat. kat tapak kaki dah size besar abis dah..tapi dekat betis sangkut pulak tak boleh nak lock kasut tu. Last-last ada sorang staf yang baik hati ni sempat la cari jalan penyelesaian untuk Mi. Diikatnya kasut Mi tu guna cellophane tape yang tebal tu. hahahaha takpela janji ketat kasut tu. Kasut ski tu kene ketat kat betis untuk menampung seluruh badan kita bila ski tu. Kasut tu memang tersangatlah beratnya. Make sure dah pergi toilet semua sebelum pakai kasut ni...kalau tak leceh......

Lepas dah gear up, kami pun trus masuk ke tempat ski. Instructor tu pun bagi basic training untuk ski iaitu macam mana nak bergerak ke depan, macam mana nak brake, macam mana nak bangun kalau jatuh dan sebagainya.

Setelah tu kami pun mula lah berski. Yang mana yang dah expert tu, memang trus pergi dekat slope. Oleh kerana kami ni amateur first time, maka kami takla berani nak turun slope tu. Just Ski kat bawah-bawah je. Walaupun Mi jatuh berkali-kali, tapi masyaallah...seronoknya..... main salji.. guling-guling...siap buat snow angel lagi... walaupun sebenarnya 80% snow nya artificial je tapi Godddddd it felt so real!!!

Da lama Mi tak main salji...last sekali masa umur 4 tahun kat Germany...(tu tak kira yang main snow kat Mines Wonderland la hihi)

mulut tu senyum lebar sebenarnya tapi kena tutup dengan mask pulak...haha
bila dah jatuh apalagi posing laaaaa

bersama amateur amateur yang lain... kuangkuangkuang

One whole day of skiing



Setelah puas main ski kami pun berjalan-jalan kat sekita kawasan Vivaldi park ni. Tak banyak tempat nak jalan pun....mereka cuma ada mall kecil dan beberapa kedai makan. Rasanya mall ni pun dibina untuk mereka yang menetap kat Resort ni. Macam kat Genting Highlands Resort tu la.... ada mall, restoran dan sebagainya kan.


Map Vivaldi

Kami tak makan kat sini sebab dah masak bekal. Kami just lunch tortilla wrap dengan serunding tu pun da cukup kenyang. Makanan halal pun tak berapa mudah nak dapat kat sini.  Rasanya memang tak ada kot. Tapi mungkin la ada restoran yang menyediakan hidangan sayuran. Kalau jenis yang was-was macam kami...better bawak bekal la untuk keselamatan.

Pukul 5.30pm bus pun bergerak untuk balik ke Myeongdong, depan Lotte Hotel tadi. Dalam hampir 7.30pm baru kami tiba. Kami singgah ke farmasi dulu untuk beli ubat batuk dan ubat sakit tekak di farmasi. Kemudian baru kami pulang terus ke hostel untuk berehat sebab esok ada tempat lagi nak pergi.

- End of Day 6-

Thursday, 23 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA 2017 - Day 10 - Final Day

Day 10: The Seoul Searching has ended and we bid farewell to this nice little country and ponder on our next journey...

We checked out from the hostel at 10am. From the hostel, we walked about less than 5 minutes to the same Airport Bus Stop yang dropped us masa first day tu. Tak sampai 15 minutes, Bus pun sampai. Penat jugakla masa nak jalan tu sebab walaupun kurang dari 5 minit perjalanan (cuma jalan sikit dan cross jalanraya besar untuk ke seberang opposite hostel) tetapi beg kami tersangatlah beratnya.Backpack dah ngam-ngam 7kg, beg tarik pulak 20kg each.... nasib baik bus stop tu dekat gila. Kalau jauh memang takda pilihan la terpaksa naik cab... yang tu berapa ratus pulak la kena nanti sebab Incheon dengan area Myeongdong ni dalam sejam jugak jauhnya.

Oleh tu, amatla bijak jika korang sewa hostel yang dekat dengan Airport Bus Stop sekiranya ingin jimat dan taknak susah-susah naik train yang bertangga-tangga tuh.

Setelah lebih kurang sejam perjalanan kami pun sampai Incheon Airport. Oleh kerana kami agak paranoid jugak.. (Flight 3.35pm tapi pukul 11 kami dah sampai airport) maka awal gila lah kami dan terpaksa tunggu counter AirAsia bukak. Sementara tu, kami cuba nak cari counter untuk bag wrapping service, sebab beg kami paling besar sekali pecah masa baru sampai Korea...pecahnya tu sebab abang Bus pegi humbannya beg tu dek kerana berat...so terpecah pulak kat hujung handle pemegang tu.. Actually tak la pecah teruk tapi kami risau makin lama makin retak so nak balut untuk keselamatan. Manalatau sekali kene humban lagi kat cargo terus pecah teruk, habis semua ole-ole yang beli kat Korea ni hilang-hilang nanti tak dapat bagi kawan-kawan. Kami pusing punya pusing...memang tak jumpa. Usha jugak beg beg orang lain...tapi xde satu pun macam berbalut. Last-last Mi pun pergi tanya kat counter customer service dorang. RUPENYE....dorang tak ada service tu. Airport kat Malaysia je yang terlebih canggih kot buat service-service macam tu. So, kawan-kawan..kalau pergi Korea, make sure beli luggage casing tu...kot-kot beg korang mahal ke takut tercalar ke...memang tak dapatla nak balut-balut tu kat sini...

Image result for strapping machine
Gambar Ihsan Google
So kami pun pergi la dekat tempat packing barang dalam kotak. Ingat nak transfer je semua barang masuk kotak...sebab takut beg tu pecahkan.... tapi ya Allah..malasnya..
semua barang da susun leklok...dahla nak sumbat barang-barang tu satu hal sampai kene fikir strategi nak save space...so Mi just minta tolong budak packing tu safety strapkan beg kami je guna box straps tu. Memule dia tak faham...tapi Mi cakap Hi I BUY...I PAY..STRAP BAG...lepas tu Mi tunjuk bahagian pecah tu..terus dia angguk-angguk dan buat. Dia dengar I BUY & I PAY tu pun dah cukup dah....hahahaha...harga kami strap tu dalam 3,000 won. Penat jugakla budak tu nak strap bag kami sebab bag tu bukan shape 4 segi macam kotak...so banyak kali jugakla mesin dia tersangkut-sangkut sampai berasap-asap akibat nak strapkan bag kami. Sampaikan pelancong China yang tunggu giliran dah bedehem-dehem dah tak puas hati. hahahaa.

Last-last settle jugak hal check in bag ni. Kami terus check in sejurus kaunternya dibuka. Kat airport ni duty free nya besar gila triple dari saiz KLIA 2 tuh. Tapi kami tak soping pun sebab da malas nak fikir camne nak simpan barang tu dalam beg. Kami just lunch dekat Lotteria bedal lagi shrimp burger tu buat kali terakhir dan kami pun trus nunggu flight balik kat boarding area. Tak lama menunggu flight pun tiba dan kami pun naik lah untuk pulang ke Malaysia. Byebye Korea! Nanti ada rezeki lagi, ke Jeju pula kami!

 
Ni la yang paling akan dirindui. 7 Eleven dorang yang sangat sangat sangat BESTTTTT



Tuesday, 21 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 5

Day 5: N Seoul Tower & Lotte Mall

Hari kelima ni Mi bangun dah rasa sehat sikit sebab dah cukup rehat semalam. Tapi malangnya, my bestfriend pulak dah terjangkit demamku..muahahaha...kesian dia. So hari ni kami kuarantin lagi diri kat dalam bilik hotel sehingga lewat tengahari baru kami keluar.

Harini kami tunda trip main salji dan buat aktiviti light-light aje. Kami berjalan ke N Seoul Tower, dan kemudian pergi cari Lotte Hotel sebab nak prepare and tengok jalan supaya tak tergagau mencari esok. Untuk main ski, kami dah book siap-siap kat online, iaitu Vivaldi Ski Park. Ada banyak lagi tempat main snow tapi kami pilih yang ni..sebab park ni lebih besar. So, untuk ke Vivaldi Ski Park ni kene naik Bus khas dia yang berhenti depan Lotte World Hotel. So harini misi kami nak cari Lotte Hotel dan Bus stop tu, serta sambil dah alang-alang tu makan Shrimp Burger Lotteria yang hangat diperkatakan oleh ramai bloggers yang pergi ke Korea. Must Try wajib cuba kata dorang.

Satu set Shrimp Burger ni sekali dengan fries dan air coke harganya dalam 5,400 won. Lebih kurang RM22.00. Seperti yang Mi cakap...jangan convert-convert sangat masa kat sana... tutup mata dan beli je. Da balik Malaysia baru la you kira k. hahahaha...

N Seoul Tower atau Namsan Tower ni destinasi yang wajib juga kalau pergi Korea. Kat sini, kami menikmati permandangan indah seluruh bandar Seoul dari atas puncak tertinggi ini.

Petikan Wikipedia:
Built in 1969, and at a cost of approximately 2.5 million USD, the tower was opened to the public in 1980. Seoul Tower was completed on December 3, 1971, designed by architects at Jangjongryul though at the time the facility interior was not furnished. It took until August 1975, for the third floor of the observatory deck, museum, open hall, souvenir shop, in addition to bring the other facilities to completion. However, despite finalization of tower construction, the observatory was closed to the public until October 15, 1980. Since then, the tower has been a landmark of Seoul. Tower elevation ranges from 236.7 m (777 ft) at the base to 479.7 m (1,574 ft) above sea level. Seoul Tower had its name changed to N Seoul Tower in 2005 whereas the "N" stands for 'new', 'Namsan', and 'nature.' Approximately 15 billion KRW was spent in renovating and remodeling the tower.

Untuk ke atas ni kami naik cable car. Nak masuk kesini pun ada bayaran tiketnya tapi takla terlalu mahal. Dekat sini ada Love Padlock Trees, so kalau sesiapa nak meninggalkan kenangan kat sini boleh beli padlock tu, tulis la apa-apa pun sebagai tanda..dan lock dekat pagar or pokok-pokok padlock ni. Melihat kepada bertapa banyaknya padlock-padlock tu, memang beribu billion manusia yang dah pernah meninggalkan kenangan mereka disini.

Mi pun beli satu padlock share-share dengan kawan dan lock kenangan kami disitu. Sentimental ke tak? hahahaa......


SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 4

Day 4: Changsin-dong Toy Wholesale Market & Myeongdong Shopping Street to eat at Yoogane Dak Galbi Restaurant

Hari keempat ni memang hampeh sikit sebab Mi demam panas. My bestfriend da keluar dulu pergi beli Toys untuk anak buah dia dekat Changsin-dong Toy Wholesale Market. Kalau you guys nak beli Toys macam yang nampak dalam Superman or Running Man main tu kat sini la tempatnya. Kalau ada anak bawak datang sini, memang tak balik la alamatnya. Sepanjang jalan semua mainan best-best.

Dalam lewat tengahari barula Mi larat sikit nak berjalan. Demam teruk ni taktau jangkit siapa pulak. Nasib bawak ubat banyak preparation smua dah ada. Nanti Mi akan buat entry yang share what I packed to Korea ni.

Petang tu kami kembali ke Myeongdong lagi untuk beli-belah makeup dan face mask. Since tak sihat, tak pergi jauh sangat la so itinerary kene scratch tukar jalan-jalan kepada shopping-shopping.

Harini, kami makan dinner sedap sikit dekat restoran yang bernama Yoogane. Restoran ni famous so memang kami dah plan pun nak makan sini. Dekat sini kami makan seafood Dak Galbi campur cheese. Bole tahan la sedapnya. Harganya pun tak mahal sangat. Dak Galbi ni lebih kurang macam nasi goreng la kalau kat Malaysia ni.

Lepas makan, kami sambung shopping. Mi banyak beli facemask untuk dijadikan souvenir. Kami juga beli market o brownies yang famous tu untuk dibuat ole ole bagi kawan. Setelah selesai shopping, kami pun gerak balik ke hostel untuk rest.

Myeongdong street ni sepanjang deretannya kedai makeup dan skincare..beauty care.. body care..melawa lawa care...
Kami makan seafood Dak Galbi. Walaupun nampak hijabista ramai yang order Chicken Dak Galbi..kami taktau kenapa rasa tak berapa sedap nak order ayam tu so kami opt for seafood padahal takde beza pun...still masak guna kuali yang sama kan..hahaha...
Cheesenya berpintal pintal sebab mereka letak mozarella...so chewy je rasa dia... flavour kimchi nya agak kuat yang ni..makan kat sini tak mahal sangat..kami spend dalam 15,000 won je kat sini.

- End-

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 3

Day 3: Namdaemun Market, Ewha Woman's University & Hongdae Street

Keesokan harinya kami bergerak ke Namdaemun Market. Mi kesana pun just melawat kawasan je sebab tak berani lagi nak ber shopping since banyak tempat lagi yang kami belum pergi. Setelah pusing satu round kat Namdaemun tu kami pun duduk kat Starbucks sambil minum my favourite hot caramel machiatto dan makan lunch bekal buat sendiri... wraps dengan telur korea mahal dan serunding...hahaha. Setelah selesai lunch, kami pun bergerak ke Ewha womans university. Memang cantik permandangan kat sini so kami pun snap gambar banyak-banyak sambil ajet-ajet fefeeling student pulak kat university tu. Dekat Ewha ni memang banyak kedai-kedai menarik khusus untuk perempuans macam I. Makeup, handbag, baju semuanya ada. Dah macam dekat Myeongdong street dah pun cuma Mi perasan baju-baju kat boutique sini lagi lawa-lawa. Mi sempat tapau satu lagi jacket ala-ala tweed gitu berharga dalam 30,000₩. Itupun dapat harga tu sebab my friend pandai tawar menawar dengan bahasa isyarat...haha.. kat sini juga Mi beli berpuluh-puluh face mask jenama Tony Moly, BB cushion Laneige dan juga Innisfree, eyebrow liner, eyeliner, blusher, face cream, dari The Face Shop. Beli banyak-banyak stok setahun terus sebab memang murah!! One thing, bila shopping benda-benda macam ni dekat Ewha lagi best dari Myeongdong sebab kedai-kedai kat sini banyak buat promo untuk students so lagi menarik packagenya. Buy one free one la... buy two free one la.. I pun apa lagi..buy buy buy je laaa..hahaha. Lepas dah buy buy tu kecut perut jugakla terus check duit tinggal berapa..banyak hari lagi kat sini woiii...


Bergambar di depan Ewha University
Ewha Womans University ialah sebuah Private University yang paling terkenal di Seoul, Korea. Ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Gereja American Methodist Episcopal, University ini adalah Pusat Pengajian untuk Wanita yang terbesar di dunia. Ia juga merupakan university paling prestigious kat South Korea.  Kalau kat Malaysia ni, kira macam Universiti Malaya lah..yang paling the best dan susah nak masuk.

Train stop kat sini pun specifically dinamakan Ewha Womans Univ. So senang nak cari.

Setelah puas berjalan kami pun bergerak ke Hongdae Street. Dekat Hongdae ni actually macam-macam aktiviti boleh dibuat contohnya pergi Trick Eye Museum ke, tengok theatre ke..atau shopping kraftangan Korea yang comel-comel dan unik. Tapi kami pilih untuk bersiar-siar je kat sini sambil tengok-tengok barang-barang. Mi beli backpack kecil pada harga 10,000 won dalam RM37. Leceh la bawak my Kate Spade ni asik tergesel-gesel je dengan pintu dan jam tangan orang lain bila dalam train...rosak leather bag I tau...so baik beli je bag murah-murah kat sini pakai and lenjan sampai hancur pun takpa.

Kemudian kami pun gerak balik ke hostel dan masak dinner sendiri, nasi dan rendang daging tin Adabi. Badan dah terasa panas betul waktu ni...hidung pun berair-air...rasa macam jangkit demam siapa la ni masa dalam train tu..atau body tak dapat nak cope dengan temperature yang terlalu sejuk kat sini....

 Hasil rembatan di area Ewha Womans University Shopping Street. Stok setahun..hahahaha...

Monday, 20 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 2

Day 2: Statue of King Sejong on Gwanghwamun Plaza, Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village, Dongnimmun Gate (Independence Gate), Insadong and Myeongdong Night Market



Statue of King Sejong on Gwanghwamun Plaza
Destinasi pertama untuk hari kedua di Seoul ialah ke Gwanghwamun Square.  Kami keluar dari hostel seawal 7:30 pagi dan menaiki subway train untuk kesana. Oleh kerana kami sampai agak awal pagi, tak ramai orang disana. Cuaca memang sejuk dengan suhu -1 darjah Celsius walaupun matahari agak terbit namun angin nya perghh betul-betul sejuk sampai ke tulang. Kami bergambar dengan statue King Sejong, salah satu must-do list kalau melawat ke Korea. 

Ini petikan dari Wikipedia:
Statue of King Sejong is located at the Sejongno, Gwanghwamun Plaza in central Seoul, South Korea. It is dedicated to the 15th century Korean monarch, Sejong the Great, the fourth king of Joseon dynasty and one of Korea's most famous historical figures. The statue is considered one of Seoul's major landmarks. Unveiled in 2009, it has been called "South Korea's most iconic statue."

Apa yang menarik yang Mi lihat kat sini adalah bekas-bekas perhimpunan tunjuk perasaan yang baru sahaja diadakan pada December 2016. Tunjuk perasaan itu diadakan untuk membantah tindakan korupsi  dan skandal Presiden mereka Park Geun-hye dan menggesanya untuk meletakkan jawatan. Perhimpunan ni dikira berjaya kerana Park telah pun di impeached (dituduh atau didakwa melakukan jenayah besar terhadap negara & dibicarakan). Park telah dituduh bersubahat dengan rakan karibnya, Choi Soon-sil melibatkan jutaan wang rakyat. Perilaku gila kuasa Park telah menimbulkan ketidak puasan hati rakyat dan mereka telah berkumpul di sini untuk mengadakan protes secara besar besaran. 

Dekat sini nampakla ada banyak bekas khemah-khemah yang dibiarkan (protester berkhemah disini dalam sejuk dingin), serta bekas patung-patung muka presiden mereka diukir dengan penuh hina dan cacian yang di exhibit sewaktu tunjuk perasaan diadakan…..dan dibiarkan untuk pelancong-pelancong seperti kami melihat…. Dan berfikir….Negara yang maju jaya seperti mereka pun ada krisis politik. Berani sungguh orang Korea ini bersatu untuk menggulingkan presiden yang korupsi.


 Replika president Park yang digunakan sewaktu protest besar-besaran oleh rakyat Korea tahun lepas



Gyeongbokgung Palace
Bersebelahan dengan Gwanghwamun Plaza, tersergam indah istana Gyeongbokgung. Disana kami melihat upacara Changing of Guards dan bergambar bersama-sama askar zaman dahulu kala. Palace ini juga adalah destinasi mesti-lawat kalau ke Korea. Bukan apa, tapi ia adalah diantara 5 istana tercantik di Korea. Merupakan Istana bagi Dynasty Joseon, istana ini dibina pada tahun 1395. Ia merupakan istana yang terbesar dalam lima istana yang dibina oleh dynasti ini. Istana ini juga merupakan rumah kepada kesemua raja-raja dalam dinasti Joseon, sehinggalah ia terbakar dan musnah sewaktu perang Imjin (perang Jepun nak menakluk Korea).Istana ini kemudiannya terbiar selama 2 abad. Namun pada kurun ke 19, istana ini telah dibaik pulih (kesemua 7,700 bilik) oleh Prince Regent Heungseon semasa pemerintahan King Gojong. Pada awal abad ke 20, istana itu telah dimusnahkan secara berperingkat oleh Imperial Jepun. Namun begitu, setelah Jepun blah dari Korea, proses baik pulih istana itu diteruskan sehingga ke hari ini.

Bila Mi tengok istana ni memang cantik dan luas. Mereka ni banyak juga influence architectural dari China dan Jepun. Nak cakap banyak tak baca lagi tentang ni jadi baik jangan merapu melalut. Yang penting, kalau suka history and art, jangan lupa lawat Istana ni kalau bercuti di Korea.

Kat area ni ramai jugakla nampak tourists yang syok syok pakai hanbok, baju Korea dorang tu lah. Kalau nak tangkap gambar fefeeling jadi orang Korea boleh je sewa dekat kedai nya bersepah sepah di area palace tu. Mi tak sewa pun sebab tak teringin or berkenan pun nak pakai. Udahlah kita ni bulat, bertambah tambah bulat seperti bola lagi kalau pakai baju tu sebab skirtnya pun kembang semangkuk. Tapi nyomeiii sungguh tengok dorang pakai lebih-lebih lagi awek-awek Korea yang jalan-jalan kat sini untuk bergambar. Nampak cute sangaaaaaatttttt!! Tapi kalau yang dedebab tu memakainya adalah jugak nampak huuuuuuugeeeeee angatttt..hahahahaha...jangan terasa gurau je tau.

Dongnimmun Gate (Independence Gate

Independence Gate ini dibina oleh Soh Jaipil, a Korean political activist, melalui dana yang dikumpul dari rakyat Korea. Ia dibina bagi memperingati kebebasan dan kemerdekaan Korea dari  Jepun dan Russia yang telah lama mengancam Korea dan China. Dongnimmun dibina dengan dinding granit, dan terdapat laluan dengan ketinggian 14.28 meter. Di atas ada tertulis 'Dongnimmun'  dalam tulisan hangul dengan bendera kebangsaan dilukis pada setiap sisi. Bunga kebangsaan Mugunghwa ditanam di sekitar Dongnimmun.  Dari jauh kawasan ni Nampak menarik dengan kehijauan tapi time kami pergi tu memang pokok pun botak dan kelabu asap sahaja kerana winter kan. Ada banyak warga emas yang berjalan-jalan exercise kat sini dan juga kanak-kanak main kasut roda…. Kami bergambar kenangan di sini dan meneruskan perjalanan ke train station untuk ke Bukchon Hanok Village.

Bukchon Hanok Village
Setelah puas bergambar kat Independence Gate, kami pun meneruskan perjalanan ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village ni rumah-rumah tradisional dekat Korea ni je. Dalam rumah-rumah ni still ada orang duduk, so waktu kita berjalan-jalan nak tengok rumah-rumah dorang dari luar ni...kita kene senyap-senyap la tak boleh buat bising. Kalau tak, you macam menganggu la. Kot kot dorang tengah napping ke...anak-anak tengah buat kerja sekolah ke.... Kami memang berbisik-bisik da bercakap sepanjang berjalan kat Bukchon Hanok Village tu... namun ada jugak la tourists dari China yang dok terjerit- jerit tergelak-gelak besar kat situ dengan kawan-kawan dorang. Lantak dorang la...yang penting kami tak buat bising...

Jalan sepanjang kawasan perumahan tu memang berbukit sikit so penat jugakla mendaki. Tapi seronok tengok rumahnya cantik-cantik. Rasa macam tengok K-Drama. Drama "Personal Taste" lakonan Lee Min Ho pun filming locationnya kat sini. Tak lengkap pergi Korea kalau tak datang sini so make sure you guys make your way here kalau datang Korea. Tak rugi....cuma nak remind...jangan la buat bising..pergi jalan-jalan senyap-senyap dan tangkap gambar..kita kena hormati juga penduduk kat situ...kita pun tak suka kan kalau orang lalu lalang depan rumah kita buat kecoh kan....

On the way berjalan ke train station kami sempat singgah gerai kat situ untuk menikmati Hotteok. Hotteok ni sejenis pancake berinti yang dibuat dari adunan tepung gandum, air, susu, gula dan ragi....Adunan diisi dengan gula merah, madu, kacang cincang dan juga kayu manis kemudian digoreng. Rasanya soft inside, crispy outside and intinya sedap gila...pancake ni memang layan betul bila dimakan panas-panas dalam cuaca sejuk winter macam ni. Jalan-jalan ke train station sambil ngap ngap benda ni tak sedar pun dah habis.


Yummy Hotteok!!!


Insadong

Kat Insadong ni kami tak buat apa sangat just jalan-jalan je tengok kraftangan tapi tak beli pun sebab terasa mahal sungguh. Memang geram tengok barang-barang yang dijual kebanyakannya handmade. Kalau you jenis yang suka perhiasan or kraftangan wajib la jengah ke Insadong ni.

Myeongdong Street

Kemudian kami ke Myeongdong Street pula. Kami dinner kebab halal kat sini. Kalau nak tau kat sini dah banyak street food yang halal, maybe sebab da ramai pelancong Muslim yang selalu visit kawasan ni untuk bershopping. Kat sini juga Mi beli fleece trench coat sebab berkenan sungguh tengok awek-awek kat Korea ni dok pakai nampak menarik. Fleece trench coat tu bewarna hitam dan berharga 80,000 won (dalam RM200 lebih). Sebenarnya banyak je yang lebih murah dari harga tu tapi made in China dan kualitinya kurang sikit. Since Mi pun memang tak bawak jacket just pinjam kawan punya, takpelah invest sikit untuk trench coat yang ada kualiti sebab boleh diguna untuk future travel kalau pergi negara sejuk lagi.. (chehhh ayat penyedap hati). Lepas dah puas berjalan kami pun gerak balik ke hostel dan rest.

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...