Keesokan harinya kami bergerak ke Namdaemun Market. Mi kesana pun just melawat kawasan je sebab tak berani lagi nak ber shopping since banyak tempat lagi yang kami belum pergi. Setelah pusing satu round kat Namdaemun tu kami pun duduk kat Starbucks sambil minum my favourite hot caramel machiatto dan makan lunch bekal buat sendiri... wraps dengan telur korea mahal dan serunding...hahaha. Setelah selesai lunch, kami pun bergerak ke Ewha womans university. Memang cantik permandangan kat sini so kami pun snap gambar banyak-banyak sambil ajet-ajet fefeeling student pulak kat university tu. Dekat Ewha ni memang banyak kedai-kedai menarik khusus untuk perempuans macam I. Makeup, handbag, baju semuanya ada. Dah macam dekat Myeongdong street dah pun cuma Mi perasan baju-baju kat boutique sini lagi lawa-lawa. Mi sempat tapau satu lagi jacket ala-ala tweed gitu berharga dalam 30,000₩. Itupun dapat harga tu sebab my friend pandai tawar menawar dengan bahasa isyarat...haha.. kat sini juga Mi beli berpuluh-puluh face mask jenama Tony Moly, BB cushion Laneige dan juga Innisfree, eyebrow liner, eyeliner, blusher, face cream, dari The Face Shop. Beli banyak-banyak stok setahun terus sebab memang murah!! One thing, bila shopping benda-benda macam ni dekat Ewha lagi best dari Myeongdong sebab kedai-kedai kat sini banyak buat promo untuk students so lagi menarik packagenya. Buy one free one la... buy two free one la.. I pun apa lagi..buy buy buy je laaa..hahaha. Lepas dah buy buy tu kecut perut jugakla terus check duit tinggal berapa..banyak hari lagi kat sini woiii...
Bergambar di depan Ewha University
Ewha Womans University ialah sebuah Private University yang
paling terkenal di Seoul, Korea. Ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Gereja American
Methodist Episcopal, University ini adalah Pusat Pengajian untuk Wanita yang
terbesar di dunia. Ia juga merupakan university paling prestigious kat South Korea. Kalau kat Malaysia ni, kira macam Universiti
Malaya lah..yang paling the best dan susah nak masuk.
Train stop kat sini pun specifically dinamakan Ewha Womans Univ. So senang nak cari.
Setelah puas berjalan kami pun bergerak ke Hongdae Street. Dekat Hongdae ni actually macam-macam aktiviti boleh dibuat contohnya pergi Trick Eye Museum ke, tengok theatre ke..atau shopping kraftangan Korea yang comel-comel dan unik. Tapi kami pilih untuk bersiar-siar je kat sini sambil tengok-tengok barang-barang. Mi beli backpack kecil pada harga 10,000 won dalam RM37. Leceh la bawak my Kate Spade ni asik tergesel-gesel je dengan pintu dan jam tangan orang lain bila dalam train...rosak leather bag I tau...so baik beli je bag murah-murah kat sini pakai and lenjan sampai hancur pun takpa.
Kemudian kami pun gerak balik ke hostel dan masak dinner sendiri, nasi dan rendang daging tin Adabi. Badan dah terasa panas betul waktu ni...hidung pun berair-air...rasa macam jangkit demam siapa la ni masa dalam train tu..atau body tak dapat nak cope dengan temperature yang terlalu sejuk kat sini....
Hasil rembatan di area Ewha Womans University Shopping Street. Stok setahun..hahahaha...
No comments:
Post a Comment