Thursday, 23 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA 2017 - Day 10 - Final Day

Day 10: The Seoul Searching has ended and we bid farewell to this nice little country and ponder on our next journey...

We checked out from the hostel at 10am. From the hostel, we walked about less than 5 minutes to the same Airport Bus Stop yang dropped us masa first day tu. Tak sampai 15 minutes, Bus pun sampai. Penat jugakla masa nak jalan tu sebab walaupun kurang dari 5 minit perjalanan (cuma jalan sikit dan cross jalanraya besar untuk ke seberang opposite hostel) tetapi beg kami tersangatlah beratnya.Backpack dah ngam-ngam 7kg, beg tarik pulak 20kg each.... nasib baik bus stop tu dekat gila. Kalau jauh memang takda pilihan la terpaksa naik cab... yang tu berapa ratus pulak la kena nanti sebab Incheon dengan area Myeongdong ni dalam sejam jugak jauhnya.

Oleh tu, amatla bijak jika korang sewa hostel yang dekat dengan Airport Bus Stop sekiranya ingin jimat dan taknak susah-susah naik train yang bertangga-tangga tuh.

Setelah lebih kurang sejam perjalanan kami pun sampai Incheon Airport. Oleh kerana kami agak paranoid jugak.. (Flight 3.35pm tapi pukul 11 kami dah sampai airport) maka awal gila lah kami dan terpaksa tunggu counter AirAsia bukak. Sementara tu, kami cuba nak cari counter untuk bag wrapping service, sebab beg kami paling besar sekali pecah masa baru sampai Korea...pecahnya tu sebab abang Bus pegi humbannya beg tu dek kerana berat...so terpecah pulak kat hujung handle pemegang tu.. Actually tak la pecah teruk tapi kami risau makin lama makin retak so nak balut untuk keselamatan. Manalatau sekali kene humban lagi kat cargo terus pecah teruk, habis semua ole-ole yang beli kat Korea ni hilang-hilang nanti tak dapat bagi kawan-kawan. Kami pusing punya pusing...memang tak jumpa. Usha jugak beg beg orang lain...tapi xde satu pun macam berbalut. Last-last Mi pun pergi tanya kat counter customer service dorang. RUPENYE....dorang tak ada service tu. Airport kat Malaysia je yang terlebih canggih kot buat service-service macam tu. So, kawan-kawan..kalau pergi Korea, make sure beli luggage casing tu...kot-kot beg korang mahal ke takut tercalar ke...memang tak dapatla nak balut-balut tu kat sini...

Image result for strapping machine
Gambar Ihsan Google
So kami pun pergi la dekat tempat packing barang dalam kotak. Ingat nak transfer je semua barang masuk kotak...sebab takut beg tu pecahkan.... tapi ya Allah..malasnya..
semua barang da susun leklok...dahla nak sumbat barang-barang tu satu hal sampai kene fikir strategi nak save space...so Mi just minta tolong budak packing tu safety strapkan beg kami je guna box straps tu. Memule dia tak faham...tapi Mi cakap Hi I BUY...I PAY..STRAP BAG...lepas tu Mi tunjuk bahagian pecah tu..terus dia angguk-angguk dan buat. Dia dengar I BUY & I PAY tu pun dah cukup dah....hahahaha...harga kami strap tu dalam 3,000 won. Penat jugakla budak tu nak strap bag kami sebab bag tu bukan shape 4 segi macam kotak...so banyak kali jugakla mesin dia tersangkut-sangkut sampai berasap-asap akibat nak strapkan bag kami. Sampaikan pelancong China yang tunggu giliran dah bedehem-dehem dah tak puas hati. hahahaa.

Last-last settle jugak hal check in bag ni. Kami terus check in sejurus kaunternya dibuka. Kat airport ni duty free nya besar gila triple dari saiz KLIA 2 tuh. Tapi kami tak soping pun sebab da malas nak fikir camne nak simpan barang tu dalam beg. Kami just lunch dekat Lotteria bedal lagi shrimp burger tu buat kali terakhir dan kami pun trus nunggu flight balik kat boarding area. Tak lama menunggu flight pun tiba dan kami pun naik lah untuk pulang ke Malaysia. Byebye Korea! Nanti ada rezeki lagi, ke Jeju pula kami!

 
Ni la yang paling akan dirindui. 7 Eleven dorang yang sangat sangat sangat BESTTTTT



No comments:

Post a Comment

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...