Monday 20 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 2

Day 2: Statue of King Sejong on Gwanghwamun Plaza, Gyeongbokgung Palace, Bukchon Hanok Village, Dongnimmun Gate (Independence Gate), Insadong and Myeongdong Night Market



Statue of King Sejong on Gwanghwamun Plaza
Destinasi pertama untuk hari kedua di Seoul ialah ke Gwanghwamun Square.  Kami keluar dari hostel seawal 7:30 pagi dan menaiki subway train untuk kesana. Oleh kerana kami sampai agak awal pagi, tak ramai orang disana. Cuaca memang sejuk dengan suhu -1 darjah Celsius walaupun matahari agak terbit namun angin nya perghh betul-betul sejuk sampai ke tulang. Kami bergambar dengan statue King Sejong, salah satu must-do list kalau melawat ke Korea. 

Ini petikan dari Wikipedia:
Statue of King Sejong is located at the Sejongno, Gwanghwamun Plaza in central Seoul, South Korea. It is dedicated to the 15th century Korean monarch, Sejong the Great, the fourth king of Joseon dynasty and one of Korea's most famous historical figures. The statue is considered one of Seoul's major landmarks. Unveiled in 2009, it has been called "South Korea's most iconic statue."

Apa yang menarik yang Mi lihat kat sini adalah bekas-bekas perhimpunan tunjuk perasaan yang baru sahaja diadakan pada December 2016. Tunjuk perasaan itu diadakan untuk membantah tindakan korupsi  dan skandal Presiden mereka Park Geun-hye dan menggesanya untuk meletakkan jawatan. Perhimpunan ni dikira berjaya kerana Park telah pun di impeached (dituduh atau didakwa melakukan jenayah besar terhadap negara & dibicarakan). Park telah dituduh bersubahat dengan rakan karibnya, Choi Soon-sil melibatkan jutaan wang rakyat. Perilaku gila kuasa Park telah menimbulkan ketidak puasan hati rakyat dan mereka telah berkumpul di sini untuk mengadakan protes secara besar besaran. 

Dekat sini nampakla ada banyak bekas khemah-khemah yang dibiarkan (protester berkhemah disini dalam sejuk dingin), serta bekas patung-patung muka presiden mereka diukir dengan penuh hina dan cacian yang di exhibit sewaktu tunjuk perasaan diadakan…..dan dibiarkan untuk pelancong-pelancong seperti kami melihat…. Dan berfikir….Negara yang maju jaya seperti mereka pun ada krisis politik. Berani sungguh orang Korea ini bersatu untuk menggulingkan presiden yang korupsi.


 Replika president Park yang digunakan sewaktu protest besar-besaran oleh rakyat Korea tahun lepas



Gyeongbokgung Palace
Bersebelahan dengan Gwanghwamun Plaza, tersergam indah istana Gyeongbokgung. Disana kami melihat upacara Changing of Guards dan bergambar bersama-sama askar zaman dahulu kala. Palace ini juga adalah destinasi mesti-lawat kalau ke Korea. Bukan apa, tapi ia adalah diantara 5 istana tercantik di Korea. Merupakan Istana bagi Dynasty Joseon, istana ini dibina pada tahun 1395. Ia merupakan istana yang terbesar dalam lima istana yang dibina oleh dynasti ini. Istana ini juga merupakan rumah kepada kesemua raja-raja dalam dinasti Joseon, sehinggalah ia terbakar dan musnah sewaktu perang Imjin (perang Jepun nak menakluk Korea).Istana ini kemudiannya terbiar selama 2 abad. Namun pada kurun ke 19, istana ini telah dibaik pulih (kesemua 7,700 bilik) oleh Prince Regent Heungseon semasa pemerintahan King Gojong. Pada awal abad ke 20, istana itu telah dimusnahkan secara berperingkat oleh Imperial Jepun. Namun begitu, setelah Jepun blah dari Korea, proses baik pulih istana itu diteruskan sehingga ke hari ini.

Bila Mi tengok istana ni memang cantik dan luas. Mereka ni banyak juga influence architectural dari China dan Jepun. Nak cakap banyak tak baca lagi tentang ni jadi baik jangan merapu melalut. Yang penting, kalau suka history and art, jangan lupa lawat Istana ni kalau bercuti di Korea.

Kat area ni ramai jugakla nampak tourists yang syok syok pakai hanbok, baju Korea dorang tu lah. Kalau nak tangkap gambar fefeeling jadi orang Korea boleh je sewa dekat kedai nya bersepah sepah di area palace tu. Mi tak sewa pun sebab tak teringin or berkenan pun nak pakai. Udahlah kita ni bulat, bertambah tambah bulat seperti bola lagi kalau pakai baju tu sebab skirtnya pun kembang semangkuk. Tapi nyomeiii sungguh tengok dorang pakai lebih-lebih lagi awek-awek Korea yang jalan-jalan kat sini untuk bergambar. Nampak cute sangaaaaaatttttt!! Tapi kalau yang dedebab tu memakainya adalah jugak nampak huuuuuuugeeeeee angatttt..hahahahaha...jangan terasa gurau je tau.

Dongnimmun Gate (Independence Gate

Independence Gate ini dibina oleh Soh Jaipil, a Korean political activist, melalui dana yang dikumpul dari rakyat Korea. Ia dibina bagi memperingati kebebasan dan kemerdekaan Korea dari  Jepun dan Russia yang telah lama mengancam Korea dan China. Dongnimmun dibina dengan dinding granit, dan terdapat laluan dengan ketinggian 14.28 meter. Di atas ada tertulis 'Dongnimmun'  dalam tulisan hangul dengan bendera kebangsaan dilukis pada setiap sisi. Bunga kebangsaan Mugunghwa ditanam di sekitar Dongnimmun.  Dari jauh kawasan ni Nampak menarik dengan kehijauan tapi time kami pergi tu memang pokok pun botak dan kelabu asap sahaja kerana winter kan. Ada banyak warga emas yang berjalan-jalan exercise kat sini dan juga kanak-kanak main kasut roda…. Kami bergambar kenangan di sini dan meneruskan perjalanan ke train station untuk ke Bukchon Hanok Village.

Bukchon Hanok Village
Setelah puas bergambar kat Independence Gate, kami pun meneruskan perjalanan ke Bukchon Hanok Village. Bukchon Hanok Village ni rumah-rumah tradisional dekat Korea ni je. Dalam rumah-rumah ni still ada orang duduk, so waktu kita berjalan-jalan nak tengok rumah-rumah dorang dari luar ni...kita kene senyap-senyap la tak boleh buat bising. Kalau tak, you macam menganggu la. Kot kot dorang tengah napping ke...anak-anak tengah buat kerja sekolah ke.... Kami memang berbisik-bisik da bercakap sepanjang berjalan kat Bukchon Hanok Village tu... namun ada jugak la tourists dari China yang dok terjerit- jerit tergelak-gelak besar kat situ dengan kawan-kawan dorang. Lantak dorang la...yang penting kami tak buat bising...

Jalan sepanjang kawasan perumahan tu memang berbukit sikit so penat jugakla mendaki. Tapi seronok tengok rumahnya cantik-cantik. Rasa macam tengok K-Drama. Drama "Personal Taste" lakonan Lee Min Ho pun filming locationnya kat sini. Tak lengkap pergi Korea kalau tak datang sini so make sure you guys make your way here kalau datang Korea. Tak rugi....cuma nak remind...jangan la buat bising..pergi jalan-jalan senyap-senyap dan tangkap gambar..kita kena hormati juga penduduk kat situ...kita pun tak suka kan kalau orang lalu lalang depan rumah kita buat kecoh kan....

On the way berjalan ke train station kami sempat singgah gerai kat situ untuk menikmati Hotteok. Hotteok ni sejenis pancake berinti yang dibuat dari adunan tepung gandum, air, susu, gula dan ragi....Adunan diisi dengan gula merah, madu, kacang cincang dan juga kayu manis kemudian digoreng. Rasanya soft inside, crispy outside and intinya sedap gila...pancake ni memang layan betul bila dimakan panas-panas dalam cuaca sejuk winter macam ni. Jalan-jalan ke train station sambil ngap ngap benda ni tak sedar pun dah habis.


Yummy Hotteok!!!


Insadong

Kat Insadong ni kami tak buat apa sangat just jalan-jalan je tengok kraftangan tapi tak beli pun sebab terasa mahal sungguh. Memang geram tengok barang-barang yang dijual kebanyakannya handmade. Kalau you jenis yang suka perhiasan or kraftangan wajib la jengah ke Insadong ni.

Myeongdong Street

Kemudian kami ke Myeongdong Street pula. Kami dinner kebab halal kat sini. Kalau nak tau kat sini dah banyak street food yang halal, maybe sebab da ramai pelancong Muslim yang selalu visit kawasan ni untuk bershopping. Kat sini juga Mi beli fleece trench coat sebab berkenan sungguh tengok awek-awek kat Korea ni dok pakai nampak menarik. Fleece trench coat tu bewarna hitam dan berharga 80,000 won (dalam RM200 lebih). Sebenarnya banyak je yang lebih murah dari harga tu tapi made in China dan kualitinya kurang sikit. Since Mi pun memang tak bawak jacket just pinjam kawan punya, takpelah invest sikit untuk trench coat yang ada kualiti sebab boleh diguna untuk future travel kalau pergi negara sejuk lagi.. (chehhh ayat penyedap hati). Lepas dah puas berjalan kami pun gerak balik ke hostel dan rest.

No comments:

Post a Comment

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...