Tuesday 28 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 6

Day 6: VIVALDI SKI RESORT

Hari ke-6 demam dah mula kurang so kami meneruskan itinerary dengan lawatan ke Vivaldi Ski Resort. Boleh click Sini untuk information and booking. Actually ada banyak Ski Resort dekat Korea yang boleh anda lawati. Kami pilih Vivaldi Ski Resort ni sebab nampak lebih menarik, lebih famous, FREE bus ride dan senang nak pergi. Sebenarnya bus ride ni memang FREE tapi untuk orang yang nak pergi main ski tu je la. Kalau taknak main ski...sesaja nak melangut kat situ pun boleh..tapi buat penat je la naik bas sampai sejam lepas tu da sampai sana kene tunggu pukul 5.30pm baru ada bus nak balik ke myeongdong...nampak tak sia-sia disitu...hehehe....

Antara tempat ski lain yang best jugak yang berdekatan Seoul adalah Jisan Forest Resort (40 minit dari Gangnam), dan Phoenix Park (2 jam dari bandar Seoul) dan Yongpyong Resort yang juga merupakan paling besar (3 jam 30 minit dari bandar Seoul). Ketiga-tiga tempat ni mungkin juga ada  free shuttle tapi untuk kepastian pergi la ke website mereka.

Vivaldi Ski Park ni pulak dalam 1 jam dari Myeongdong. Kami ambil shuttle bus khas untuk pergi ke ski resort ni, bus tu berhenti betul-betul dekat depan Lotte Hotel / Lotte Mall. Kalau pergi ke website mereka, ada jadual waktu. Kat situ boleh plan nak pergi bila dan pukul berapa. Tapi tips Mi ialah gerak awal pagi untuk catch bus pertama mereka. Ini adalah kerana, lebih awal bergerak, lebih banyak time boleh spend kat tempat ski tu. Kami keluar hotel pukul 6.30am, naik train dari Chungmuro Station untuk ke Myeongdong dan jalan ke depan Lotte Hotel. Sewaktu kami sampai, dalam hampir pukul 7 pagi, bus dah pun tiba. Tak sampai beberapa minit, bus dah pun bergerak ke Vivaldi Ski Resort. Untuk ke Vivaldi ni, sebaiknya booking dulu in advance dekat website mereka atau mana-mana website yang offer shuttle bus service untuk ke resort tu. Sebab dorang ada checklist nama. Kalau bus tak penuh, mereka memang bagi masuk bus tu last minute. Tapi kalau penuh, mungkin anda tak dapat naik, ataupun mungkin anda kena berdiri sepanjang perjalanan. Penat tu nak berdiri sejam.

Oleh kerana awal pagi, jalan pun tak jem sampai masuk Highway. Sepanjang perjalanan ke Ski Resort ni...Mi nampak jalan makin bersalji dan tasik pun beku. Suasana kelam je sebab semakin sejuk namun permandangannya cukup indah dimata Mi.

Setibanya kami di Vivaldi Ski Park, kami terus turun dari bus dan berkumpul dekat tempat register untuk buat pembayaran. Kami bayar dalam 89,000 won untuk pakej Ski dan terima kupon untuk collect items ski tu. Harga pakej ni lengkap dengan baju, alatan ski dan basic training. Lepas pembayaran, bus driver pun buat announcement suruh kami semua tunggu dekat tempat register ni balik pukul 5.30pm. Sekiranya lambat, maka esok baru ada bus untuk pulang. So sebolehnya jangan lambat untuk elak ditinggal. 

Kami pun bergerak ke pelbagai kaunter untuk dapatkn alatan ski. Kaunter pertama kami serahkan kupon masuk. Kemudian kami ke kaunter ambil baju. Mereka bagi seluar ski dan jacket untuk ski. Kemudian kami ke kaunter untuk ambil kasut ski dan alatan. semua ni kena beratur...tapi orang Korea ni pergerakan mereka pantas. Jadi line tu walaupun panjang namun bergerak dengan cepat. Kalau terhegeh-hegeh memang mereka bolayan. Masa time ni memang dilemma sungguh. Sebab Kasut ski untuk Mi susah nak muat. kat tapak kaki dah size besar abis dah..tapi dekat betis sangkut pulak tak boleh nak lock kasut tu. Last-last ada sorang staf yang baik hati ni sempat la cari jalan penyelesaian untuk Mi. Diikatnya kasut Mi tu guna cellophane tape yang tebal tu. hahahaha takpela janji ketat kasut tu. Kasut ski tu kene ketat kat betis untuk menampung seluruh badan kita bila ski tu. Kasut tu memang tersangatlah beratnya. Make sure dah pergi toilet semua sebelum pakai kasut ni...kalau tak leceh......

Lepas dah gear up, kami pun trus masuk ke tempat ski. Instructor tu pun bagi basic training untuk ski iaitu macam mana nak bergerak ke depan, macam mana nak brake, macam mana nak bangun kalau jatuh dan sebagainya.

Setelah tu kami pun mula lah berski. Yang mana yang dah expert tu, memang trus pergi dekat slope. Oleh kerana kami ni amateur first time, maka kami takla berani nak turun slope tu. Just Ski kat bawah-bawah je. Walaupun Mi jatuh berkali-kali, tapi masyaallah...seronoknya..... main salji.. guling-guling...siap buat snow angel lagi... walaupun sebenarnya 80% snow nya artificial je tapi Godddddd it felt so real!!!

Da lama Mi tak main salji...last sekali masa umur 4 tahun kat Germany...(tu tak kira yang main snow kat Mines Wonderland la hihi)

mulut tu senyum lebar sebenarnya tapi kena tutup dengan mask pulak...haha
bila dah jatuh apalagi posing laaaaa

bersama amateur amateur yang lain... kuangkuangkuang

One whole day of skiing



Setelah puas main ski kami pun berjalan-jalan kat sekita kawasan Vivaldi park ni. Tak banyak tempat nak jalan pun....mereka cuma ada mall kecil dan beberapa kedai makan. Rasanya mall ni pun dibina untuk mereka yang menetap kat Resort ni. Macam kat Genting Highlands Resort tu la.... ada mall, restoran dan sebagainya kan.


Map Vivaldi

Kami tak makan kat sini sebab dah masak bekal. Kami just lunch tortilla wrap dengan serunding tu pun da cukup kenyang. Makanan halal pun tak berapa mudah nak dapat kat sini.  Rasanya memang tak ada kot. Tapi mungkin la ada restoran yang menyediakan hidangan sayuran. Kalau jenis yang was-was macam kami...better bawak bekal la untuk keselamatan.

Pukul 5.30pm bus pun bergerak untuk balik ke Myeongdong, depan Lotte Hotel tadi. Dalam hampir 7.30pm baru kami tiba. Kami singgah ke farmasi dulu untuk beli ubat batuk dan ubat sakit tekak di farmasi. Kemudian baru kami pulang terus ke hostel untuk berehat sebab esok ada tempat lagi nak pergi.

- End of Day 6-

1 comment:

  1. Hi.nk tnya ski tu smpi sana baru byr ke or kna book dulu. Hrga 89000 tu termasuk ngn ski lift x?
    If let say xamik lift, boleh ke nk menapak naik slope tu?

    Tq for sharing

    ReplyDelete

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...