Monday, 20 March 2017

SEOUL SEARCHING - KOREA TRAVEL 2017 - Day 1

 Day 1: Arrive at the Hostel in Chungmuro, Stroll at Dongdaemun Design Plaza (DDP)

 So this is how the travel begins...

Flight kami ke Incheon, Korea adalah awal pagi. Pukul 8.30am to be exact. So kami bergerak dari Shah Alam ke KLIA2 pada pukul 4.30am sebab nak check in luggage. Since we brought food with us, we bought a 20kg luggage to check in the food stuff.

Sebenarnya tak awal pun ada dekat airport tu pukul 5am. Itu sudah kira agak ngam ngam jugak sebab nak beratur check in bag semua...nak jalan lagi da la airport tu pergi departure hall semua takes time. Kalau awal macam ni tak payah terkejar kejar sangat boleh jalan rileks-rileks je. My advice, kalau naik Air Asia, sila lah awal. Disarankan awal. Seharus harusnya awal. Supaya tidak menyesal. Lain pula dengan Mas yang menunggu anda dengan penuh sabar..selagi tak sampai sampai dekat gate...mereka akan announce nama you berkali-kali... it's a different thing with Air Asia. Nope..they won't do that. No chance.

So seperti yang dijangka, gate dibuka on time dan kami pun naik la kapal terbang tu.. on time juga. Dalam flight, Mi ada prebook food which was Big Breakfast yang sedap dan mengenyangkan. Ini diantara add-ons yang telah melonjakkan harga tiket tapi ia berbaloi sebab kalau tidak, kelaparan la anda sepanjang jalan ke Korea yang perjalanannya mengambil masa lebih kurang 5-6 jam.


It was a smooth flight to Incheon. Sesampainya di Incheon dalam pukul 3 petang lebih, kami pun turun la dari flight dan berjalan menuju ke arrival hall. Perasaan masa sampai tu.... tak berapa ada perasaan sangat. Dalam kepala hanya nak pergi ke hostel. So straight away Mi pun keluar la dari airport tu nak tengok macam mana nak pergi hostel ni...nak naik taxi, tak tau tunggu kat mana...nak naik train...pun taktau nak ambik kat mana...semua orang jalan laju-laju je takde sape pun yang nak approach kami yang terpinga-pinga ni.


First purchase sejurus mendarat di Incheon Airport. Banana Milk dan Cafe Latte. Korea ni terkenal dengan bottled coffee dorang yang bermacam-macam flavours dan rekabentuk botol yang menarik....


Lepas tu baru teringat, Hostel kami dah email da cara nak naik Airport Bus direct ke Hostel mereka. So Mi pun pergi la tanya dekat tempat jual ticket bus tu. Tak cakap banyak, terus tunjuk dia email instructions yang ada tulisan Hangul. Terus dia bagi tiket dan mintak bayaran. Bayarannya dalam 14,000 won lebih kurang dalam RM38 camtu. Dia siap tunjuk platform mana nak tunggu bus so kami pun tunggu kat situ sehinggalah bus tu sampai.

Tak lama pun dalam 5 minit bus tu dah sampai. So kami pun naik bus tu dan menuju ke Hostel. Dekat Seoul ni senang. Mereka ada banyak Airport Bus Stop. Kebanyakan Hostel hostel terletak berdekatan dengan airport bus stop tu. And dekat mana ada train station, pasti akan ada Airport Bus Stop. Hostel kami terletak betul betul opposite road Airport Bus Stop tu.

Sesampainya kami, terus turun dari bus dan bersedia untuk berjalan menuju ke Hostel yang memang tak susah nak cari. Belakang Daehan cinema, belakang restoran Burger King. Jalan seminit dari situ sampai lah kami kat Star Family Hostel Myeongdong. Baru je nak tekan password, seorang lelaki Korea dah datang buka pintu kami. Rupanya itulah David, staff Star Hostel yang berutusan email dengan Mi sebelum kami berangkat lagi. David ni memang helpful orangnya. Macam macam dia pesan sebelum kami sampai....

Bawa baju tebal tebal...boleh bawa makanan kalau nak masak...itu pesan dia. David ni pandai cakap omputeh siap ada slang Aussie lagi so tak pastila mungkin dia ni belajar oversea kot sebab senang nak cakap dengan dia. Dia pun tunjuk la kitorang bilik kat mana, tolong angkat beg kitorang yang berat gila tu dan pesan kalau nak apa apa just whatsapp or kakao talk je dia.



Tengah cari password pintu kat dalam handphone..hehehe

Lepas dah rehat rehat sekejap dalam bilik tu dan siap masak sardin makan cicah cicah dengan roti lagi..maka kami pun bersiap sedia untuk berjalan-jalan dan explore kawasan. Jalan satu minit je da sampai Chungmuro Train station.

Dekat train station tu, kami terus top up T-Money dekat mesin ticket. Tak susah pun nak top up sebab mesin tiket tu ada english button. Instructions nya pun clear just ikut je betul betul. Kami top up siap siap 30,000₩... dalam RM90 lebih camtu untuk kegunaan sepanjang berada kat Korea ni.

Sebelum naik train, ternampak pula kedai kasut yang ada banner tulis 5,000₩ bukan main besar lagi. Rupanya kasut kasut tu semua dijual 5,000₩ each..iaitu RM15. Apalagi..terus ku rembat sepasang boots yang imitation Ugg boots. Memang planning nak beli kasut murah kat sini so boleh lenjan sampai hancur je sebab banyak jalan jalan nanti kan...tak sanggup pula nak pakai kasut Nike yang dibawa dari Malaysia tu sebab mahal. Bila nampak harganya cuma 5,000₩ terus kurembat sepantas kilat.

Destinasi pertama yang kami pergi cuma dekat je. Dongdaemun Design Plaza. Cuma 3 stop je dari Hostel. Kat sana just jalan jalan dan tengok keadaan. Keadaannya tu memang la menggugat keimanan. Baju dan beg cantik cantik betuuuuuuul kat situ. Tapi kekuda dapat dikawal sebab masih awal lagi. So kami just beli fresh strawberries je dekat gerai gerai area tu. Strawberry nya...fuhhh memang sedap, manis dan gergasi. Memang takkan dapat la yang macam tu dekat Cameron Highlands. Oh ye...lupa nak cakap...waktu kami jalan jalan tu suhu adalah -6°c. Lebih sejuk dari freezer kat rumah. Tangan terus beku dalam 5 saat je keluar dari bangunan hostel. Nampak gayanya esok kene pergi beli baju sejuk. Baju sejuk yang kupinjam pun tak cukup tebal untuk menepis kesejukan disini. Yea... Mi dah pernah pergi banyak negara tapi terpaksa ku akui.... memang ini la negara paling sejuk yang kupergi setakat ini....


Strawberry trifle je dah 5,000₩ sama harga my boots so tak beli la...cuma beli fresh strawberries tu pun satu pack 10,000₩ dalam RM37 camtu. Bila kali kali duit Malaysia memang semua benda rasa tak mahu beli. hahaha. So kalau kamu kamu semua melancong ke sini...pejam sahaja lah mata tu dan beli. Kalau tak, memang semuanya tak dapat nak merasa.

Setelah puas membekukan diri, kami pun balik ke hostel untuk rest kerana banyak lagi tempat nak pergi esok...

1 comment:

JALAN JALAN JAPAN 2019 - OSAKA, KYOTO, KOBE, NARA

Pada 27 January yang lalu, Mi pergi bercuti di Jepun di bahagian Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara selama 9 hari 8 malam bersama tiga orang rakan ...