Today, Mi nak cerita sikit tentang pengalaman bercuti di South Korea bulan lepas. Sebenarnya, Mi dah lama teringin nak bercuti di Korea sebab dengar cerita kawan-kawan ramai yang menyatakan seronok holiday di sana.Mi ni bukanla kaki Korea atau K-Pop (walaupun ada la jugak minat dengan Lee Min Ho, Rain dan layan jugak drama-drama Korea) tapi bila lihat foto kawan-kawan pergi bercuti kat sana timbul la jugak rasa teringin.
And then, early 2016 keluar la Air Asia free seat dimana kawan Mi telah merembat tiket itu tanpa banyak fikir-fikir dah kerana murah tiketnya. Return flight untuk seorang dapat la dalam RM700 lebih. Cukup murah.. Bermula dari situ, hidupku sepanjang tahun 2016, majoritinya banyak excited pasal trip ni je (that's the downside of buying tickets too early...hahaha).
Bayangkan..tiket yang dibeli pada bulan March 2016... bulan February 2017 baru perginya. Tapi apa lah setahun tu....memang cepat berlalu. Bulan berganti bulan and finally tiba masanya untuk berangkat ke Korea.
Since trip ke Korea ni punya banyak masa untuk planning....extensive research telah dilakukan sejak dari Malaysia. Mi kesana dengan my best friend dan beberapa kawannya yang lain. Our itinerary memang tiptop dan terbaik lagi dahsyat dari mana-mana travel agent di muka bumi ni. The duration of the trip was 10 days.Our trip date was 8 February - 17 February 2017.
Sebulan sebelum trip, Mi dah beremail dengan pihak hotel yang kami book. We picked The Star Hostel Myeongdong, sebuah hostel bajet yang kelihatan menarik terpampang di Agoda. Harga bagi sebuah bilik untuk dua orang cuma RM150 semalam. Kami sebulat suara kalau boleh taknak tempah hostel yang toilet kena sharing so that's why kami pilih hostel ni. Biliknya walaupun nampak sempit, tapi ada private bathroom dan juga private kitchen and bonus, ada mesin basuh. So total for 10 days stay is RM1575.00 campur tax tax bagai.
Ini la rupa hostelnya. walaupun kecik namun cukup selesa dan betul betul menjimatkan. Kami bawa makanan dari Malaysia dan masak sendiri breakfast, lunch and dinner. Baju pun boleh basuh cuma washing machine takde dryer...so kene pandai pandai la bajet bajet baju yang nak dibasuh supaya cukup tempat untuk menyidai. Hostel ni bukan 'Hotel' jadi bilik tak dikemas sepanjang 10 hari stay kat situ. Itu tak menjadi masalah pada kami langsung sebab kemas je la sendiri bukan susah pun. Cuma hotel staff akan datang setiap hari untuk kosongkan tong sampah dan ganti tuala baru.
Toilet nya bersih namun kecil sungguh. Tapi apa pun memang selesa dan sesuai untuk Muslim sebab ada hose. Hose tu bertali panjang jadi amatla sesuai untuk orang orang melayu macam kita yang suka cebok bukan lap-lap guna tissue..hehehe okay I won't get into the details on that..harap faham la apa yang saya cuba disampaikan ni. Use your imagination!
So back to the story tadi, sebulan sebelum pergi Mi dah berbalas balas email dengan staff hotel ni. Hotel ni meant for independent travelers. Bermaksud, banyak benda yang kena self service. Contohnya, check in yang lambat or after 5.30pm kene buat sendiri. Since our flight was later in the morning and we sampai Korea pun dalam lewat petang, Staff hostel ni dah email siap siap password untuk buka pintu hotel dan juga pintu bilik. The hotel tak pakai access card atau kunci, just dial pin number dekat pintu.
Extensive research yang Mi maksudkan tu is sebulan sebelum pergi kami dah pergi ke Korean Tourism Office bertempat di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur. Kami ke sana untuk dapatkan pamphlets, discount vouchers, dan attraction maps. Disamping itu, kami jugak ada join satu contest yang dianjurkan oleh mereka dan kami menang T-Money card dengan isi duit dalamnya 2000 won. T-Money ni card yang macam Touch N Go kalau dekat Malaysia. Kalau beli dekat Korea, agak mahal. Kami dapat free je sebab masuk contest ni.Terer tak kami??? Muahahahaha... Boleh pergi sini for more details
Lepas tu, itinerary kami dibina dari compilation of billion of blogs orang yang pergi Korea. That's why to me our itinerary was the best one ever. hahahaha..(bangga tak). And my best friend Faiz put in all the details... macam mana nak ke sini..macam mana nak ke sana..ikut train..ikut kaki...berapa entrance fees and pelbagai lagi.
So itulah yang dibuat sepanjang sebelum pergi. Nampak tak preparation dari orang yang ala ala OCD. Hahahahaha...
So here's the breakdown for orang orang yang tak pernah travel and would like to know the steps:
Step pertama ------- beli tiket promo
Step kedua --------- book hotel bajet
Step ketiga ---------- Build your Itinerary ---- visit the tourism center if you need more info
Step Keempat ------- Packing (don't forget to check out the season so you can bring appropriate clothings)
habis dah stepnyer..itu saja.
Ok I'll continue more in part 2.
Till then..tata...!
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete